Tuesday, August 05, 2008

Bubur gandum kegemaran suami

Sepanjang hari ini saya menumpukan sepenuh masa kepada kerja-kerja rumah memandangkan tiada sebarang aktiviti rasmi pada hari ini. Seawal pagi saya menghabiskan masa di bilik anak-anak yang sudah 2 hari saya tidak sempat mengemas.

Hampir jam 11.30 pagi saya masuk ke dapur untuk mula memasak. Seperti biasa lauk kegemaran anak-anak ayam masak merah wajib ada. Kadang-kadang saya jemu juga memasak ayam masak merah tetapi itulah pembuka selera anak-anak. Kalau saya memasak ayam masak kurma, masak kicap, masak lemak atau sebagainya anak-anak langsung tidak berselera. Ayam masak merah juga yang dicarinya.

Sesudah siap menyediakan makan tengahari untuk anak-anak yang akan pulang dari sekolah, saya terus memasak bubur kegemaran suami yang sudah lama tidak saya sediakan iaitu bubur gandum dan barli. Hati sungguh seronok hari ini kerana dapat memasak makanan-makanan kegemaran seisi keluarga. Tidak sabar rasanya menunggu anak-anak pulang apatah lagi suami.

Jam 5 petang suami menelefon memberitahu tidak dapat pulang awal seperti kebiasaan memandangkan hari ini ialah Hari Bertemu Pelanggan yang dijadualkan pada setiap hari Selasa. Suami yang kebiasaanya pulang sebelum waktu Maghrib hari ini tidak dapat pulang sehingga jam 10.00 malam kerana perlu menghadiri mesyuarat penting pada sebelah malamnya.

Suami tiba di rumah pada jam 11.00 malam dan saya menemani suami makan bubur kegemarannya.

12 comments:

Hasbullah Pit said...

Ada gambar tak bubur gandum tu?
puas saya nak bayangkan macam mana rupa bubur gandum itu.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam, hasbullah pit..
Tak terlintas nak tangkap gambar bubur..

Gandum dan barli direbus terlebih dahulu kemudian dimasak bersama santan, beberapa helai daun pandan dan masukkan gula secukup rasa.

Aminah said...

Assalamualaikum Datin Seri, salam perkenalan.

Wah...beruntung keluarga Datin kerana dalam kesibukan pun, Datin masih meluangkan masa untuk memasak. Saya pun memang suka bubur gandum, lebih2 lagi kalau dibuat hidangan berbuka puasa, memang menjadi pembuka selera.

khairi said...

saya pun...sabtu dan ahad mesti kena masak...
seminggu ada 7 hari..4 hari masak kat rumah (sabtu dan ahad , wajib) paling tak pun,,,buat bihup sup utara...
3 hari lagi masak kat kedai..kik..kikk...tambahan pulak tgh mengandung 7 bulan...taknak susahkan dia..lagipulak sampai umah jam 630pm..tup2 dah mlm..makan pon ala kadar aja..
sedapnya bubuq gandummmmmmmmm

khairi said...

isteri yg mengandung tu..bukan saya..silap taip tu..kikk..kik

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum w.b.t

Aminah,
Alhamdulillah setakat ini berusaha juga mengatur masa supaya dapat memasak.

Khairi,
Bagus suami membantu isteri..suami saya dahulu rajin membantu memasak di dapur tetapi semenjak menjadi MB masak bersendirian sahaja..dalam seminggu ada jugak sekali dua saya terpaksa 'memasak diluar kediaman' juga sekiranya sibuk dengan program-program

Umi Irfan said...

Datin seri, saya begitu berminat untuk mengenali anak2 datin seri yang seramai 8 org. Saya maklum bahawa hampir kebanyakannya telahpun berjaya. Sekiranya tidak menjadi kesulitan, sudilah kiranya datin seri berkongsi utk menjadi inspirasi dan teladan buat kami ibu2 di perak ni. Jazakillah khairan kathira..

Budimulia said...

Assalamualaikum w.b.t

Semoga suatu hari nanti kami di Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Chemor dapat merasa bubur gandum kegemaran Dato' Seri MB yang dimasak oleh Datin Seri.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam umi irfan,
InsyaAllah ada kesempatan masa saya akan kisahkan di dalam blog ini nnt..

budimulia,
InsyaAllah budimulia. Teruskan usaha kalian menjaga anak-anak yatim dan warga miskin. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya

daLyaanoon said...

slurp....
terliur plak bila Datin Seri cerita begini..
nak suruh mak saya buatkanlah...

how sweet DS bleh sediakan bubur n temankan YAB MB walopon dah nak malam...

wassalam..

Budimulia said...

Salam

Terima kasih atas perhatian Datin seri. InsyaAllah kami akan mengadakan persembahan kompang pada Majlis Perasmian Muktamar nanti.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum w.b.t

dalyaanoon,
memang itu rutin seharian saya dari dulu. sblm jadi MB, suami sibuk dengan kerja-kerja dan pulang lewat dari berceramah, saya akan tetap tunggu sehingga beliau pulang.

budimulia,
InsyaAllah. Berkesempatan bertemu kita di hari perasmian Muktamar