Wednesday, August 13, 2008

Selamat Datang ke bandar Ipoh

Stadium Indera Mulia, Ipoh
Venue bakal berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS Pusat
mulai 15-17 Ogos 2008


Hari ini hotel-hotel di Ipoh mulai sesak dipenuhi oleh tetamu-tetamu yang hadir untuk Muktamar tahunan PAS yang julung kalinya dianjurkan di negeri Perak Darul Ridzuan. Dari maklumat yang saya dapat daripada anak yang turut bertugas, persiapan di Stadium Indera Mulia untuk Muktamar Tahunan Pemuda yang bermula perasmiannya malam ini dan persiapan untuk Muktamar PAS Pusat pada 15hb juga di Stadium Indera Mulia berjalan dengan baik.

14hb Ogos Muktamar Tahunan Dewan Pemuda, Dewan Ulama' dan Dewan Muslimat akan berlangsung serentak di 3 venue yang berbeza. Manakala Muktamar PAS Pusat akan berlangsung mulai 15 hingga 17 Ogos 2008. Selain itu pelbagai aktiviti turut diadakan seperti Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam, Kuliah Maghrib, Ceramah Perdana dan lain-lain.

Esok pagi saya akan menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke-48 yang bakal berlangsung di Ballroom Hotel Hillcity, Ipoh.

Kepada semua pimpinan, tetamu dan ahli PAS dari semua peringkat, Selamat Datang ke bandar Ipoh dan selamat bemuktamar. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah.

4 comments:

Aminah said...

Salam,

Selamat bermuktamar. Semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah.

Abdul Hadi said...

Selamat bermuktamar semoga semuanya berlangsung dengan sejahtera di bawah naungan rahmat Allah. Takbir !!!

aNiSaHuRi said...

salam datin...

gembira rasanya semua pucuk pimpinan di malaysia hadir ke Perak. saya tak merasa la nak pegi sebab byk tugas zakat fitrah yang nak diselesaikan di sini. Ramadhan pun dah dekat dh ni. kalau perak buat lembaga zakat perak, sayalah antara org terawal anak perak yang bertugas di lembaga zakat selangor rasanya mohon keje kat sana. duk bertugas kat negeri org tapi zakat kat negeri sendiri kurang dapat perhatian.

kalau dato' seri dapat panjangkan cadangan menswastakan pengurusan zakat kepada Sultan Azlan baguih sangat la tu. saya rasa kutipan zakat di perak sangat berpotensi kalau usaha dakwah dan pengurusannya dipertingkatkan. ramai kwn2 saya (anak perak) yang bekerja di selangor nak bayar zakat di perak tapi pengurusannya sangat mengecewakan. bukan saya nak puji pengurusan zakat di selangor tapi itulah yang sahabat2 saya bandingkan dengan cara pengurusan zakat di perak.

oh ye, dulu masa balik kg di k.kangsar , abang saya (antara aktivis PAS di k.k ketika PR 11) selalu menyebut nama Ir Nizar. saya kata dalam hati "siapala org yang selalu sangat disebut2 dek abg aku ni?" maklumla masa tu dh jarang balik kg. tugas2 PR ni pun setakat tgk dari jauh je. kat kampus dulu bermati-matian. macam dh gugur di tengah jln je skrg ni. agak teruk rupanya saya ni.

yang disebut2 tu alhamdulillah, rupanya kini dah pun jadi MB rakyat Perak. rasa bersyukur teramat sangat. Tahniah pada dato' dan datin. moga Allah sentiasa memberi pertolongan pada org2yang berada di jalan yang benar di saat jalan itu penuh berliku.

http://anis-sahuri.blogspot.com

djambu puadovich said...

assalamualaikum datin seri,
saja nak menyinggah...oh ya, Ipoh ialah bandaraya. minta perhatian dan jasa baik Datin seri betulkan.
sekian terima kasih :)