Jam 3.00 petang semalam telah diadakan Majlis Jalinan Kasih Sempena Sambutan Aidilfitri dan Deepavali bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar. Program meraikan Anak-Anak Yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas ini merupakan anjuran Pejabat Menteri Besar yang dikelolakan oleh Majlis Pembangunan Kebajikan Masyarakat di bawah Jabatan Masyarakat Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Y.B Zainuddin manakala Setiausahanya ialah Datin Suraini isteri kepada Dato' Kamaruzzaman.
Anak-Anak Yatim, OKU dan Warga Emas dari beberapa rumah kebajikan dan persatuan telah diraikan. Persembahan kebudayaan dari OKU dan anak yatim turut dipersembahkan di dalam majlis yang cukup bermakna ini. Kelihatan mereka cukup gembira apabila diraikan dan harapan saya mereka akan terus dibela dan diraikan bukan setakat di bulan Syawal sahaja bahkan berterusan dari masa ke semasa.

No comments:
Post a Comment