Semalam Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun Ke Malaysia TYT Masahiko Horie dan isteri Mrs. Yoko Horie telah sudi melapangkan masa mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar.
TYT Duta meluahkan rasa gembiranya terhadap kerajaan baru di Perak dan mengkagumi segala usaha yang telah dijalankan. Sebelum ini, beliau telah menghantar wakil ke negeri Perak dan di atas respon yang baik kini beliau sendiri yang hadir untuk bertemu dengan Menteri Besar dan Exco serta menyatakan hasrat untuk melabur di negeri Perak.
Dalam perbualan beliau dengan Menteri Besar, beliau mengharapkan Perak akan terus dimajukan dengan terbinanya LRT dan hotel-hotel mewah yang masih belum ada di bandaraya Ipoh. Beliau turut menjemput Menteri Besar ke negara Jepun bagi mengukuhkan lagi hubungan.
TYT Masahiko Horie menandatangani buku tetamu sambil diperhatikan oleh isteri beliau Mrs. Yoko Horie
Mendengar perbualan antara Menteri Besar dan TYT Duta Jepun yang mengharapkan kerjasama dapat dijalinkan di antara kedua-dua pihak
No comments:
Post a Comment