Selepas solat Maghrib saya sudah bersiap untuk turun ke dewan kediaman rasmi untuk meneruskan aturcara program saya pada hari ini. Suami tepat jam 6.30 petang telah berangkat ke Cameron Highland menghadiri Majlis Jamuan Malam sempena Ulang Tahun ke-18 Persatuan Pelabur Taipei di Malaysia dan Pesta The Double Tent yang dijadual bermula pada jam 8.00 malam di Hotel Equatorial. Saya tidak dapat menemani suami ke Cameron Highland kerana terdapat program berasingan pada waktu yang sama di kediaman rasmi menteri besar. Suami ditemani anak lelaki ke-3 saya dan mereka bermalam di Cameron Highland dan akan pulang esok pagi.
Sebenarnya jadual sepanjang hari ini agak padat juga. Saya yang keletihan cuba gagahkan diri demi tanggungjawab dan amanah. Seawal pagi saya siapkan anak bongsu untuk ke PASTI kerana pada hari ini dia ada latihan nasyid untuk dinyanyikan pada majlis ihtifal PASTI esok hari. Saya dan suami terus ke Manjung menghadiri Jamuan Hari Raya Bersama Rakyat yang diadakan di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. Kerana nak cepat, kamera tertinggal di rumah dan gambar-gambar di Manjung tidak dapat saya rakamkan.
Dari Manjung saya dan suami terus pulang ke Ipoh dan berkunjung ke Dewan Banquet SUK menghadiri Majlis Perkahwinan salah seorang kakitangan kerajaan yang bertemu jodoh dalam usia yang lewat. Semoga mereka berbahagia dengan kehidupan baru. Dari Dewan Banquet saya bersama suami terus pulang ke kediaman dan berehat seketika sebelum suami bersiap menghadiri Majlis Perasmian Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi.
Program terakhir pada hari ini bermula pada jam 8.45 malam iaitu Majlis Jamuan Makan Malam bersama Ibu-Ibu dari Rumah Seri Kenangan, Anak-Anak Istimewa dan Anak-Anak Yatim. Program ini dianjurkan oleh Persatuan India Muslim Perak (PRIM).
Lebih 400 anak-anak yatim dan warga emas diraikan di majlis tersebut yang turut dihadiri oleh semua pimpinan PRIM dan tetamu-tetamu yang lain. Saya turut menyampaikan ucapan dan mengalu-alukan kedatangan semua yang hadir dan sentiasa memberi dorongan dalam semua program yang melibatkan kebajikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Antara rumah kebajikan dan persatuan kebajikan yang diraikan ialah anak-anak yatim dari Hawa Kinta, Yayasan An-Nur Maisarah dan Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP). Turut diraikan ialah Warga Emas Seri Bahagia dan beberapa persatuan lain. Orang-orang Kurang Upaya turut diraikan bersama. Selepas jamuan makan semua anak-anak yatim dan warga emas mendapat sumbangan duit raya dan acara bergambar bersama pimpinan PRIM dan mereka yang diraikan diadakan sebelum majlis bersurai.

No comments:
Post a Comment