Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana jua anda berada. Semoga amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan diterima oleh Allah.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung yang rajin berkunjung ke blog ini dan memberikan komen-komen untuk entry serta komen, ucapan, pandangan di Shoutbox. InsyaAllah selagi terdaya saya akan gunakan blog ini untuk menyampaikan maklumat program-program yang telah saya lalui bersama masyarakat di negeri Perak tercinta. Saya isteri kepada ahli politik dan bukan ahli politik. Kepada mereka yang tidak senang hati dengan Dato' Seri Menteri Besar dan ingin memberi komen dan kritikan boleh terus ke blog suami saya di Perakdaily.com.
Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Semua dijemput hadir ke rumah terbuka Menteri Besar pada petang ini (Hari Raya Pertama) mulai jam 2.00 hingga 5.00 petang.

No comments:
Post a Comment