Semalam suami telah menghadiri Malam Kebudayaan Pesta Deepavali bertempat di Dataran Mini 'Little India', Jalan Sultan Yusuf, Ipoh.
Ketibaan suami di tempat program disambut oleh ribuan penganut agama Hindu dan mereka amat-amat menghormati suami selaku Menteri Besar. Suami menerima kalungan bunga seperti kebiasaan adat yang diamalkan oleh agama Hindu.
Dalam majlis semalam suami turut diberi penghormatan berucap dan seterusnya merasmikan majlis. Suami di bawa ke gerai-gerai sepanjang Jalan Sultan Yusuf yang dipenuhi penganut agama Hindu yang hadir untuk menyaksikan Pesta Deepavali dan membeli belah sebagai persediaan menyambut hari kebesaran mereka.
Deepavali disambut setiap tahun oleh penganut agama Hindu di seluruh dunia iaitu pada setiap Hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil. Deepavali merupakan gabungan 2 perkataan Dipa yang beerti cahaya dan Gavali yang beerti barisan. Kita juga menyebutkan sebagai Pesta Cahaya.
Islam menghormati agama lain selagi mereka tidak memusuhi Islam. Alhamdulillah, saya bersyukur suami dapat diterima oleh mereka beragama Hindu dan menghormati usaha suami dan kerajaan Pakatan Rakyat memberi keadilan kepada seluruh rakyat diberi tanpa mengira bangsa dan agama.
Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian Malam Kebudayaan
Pesta Deepavali 2008 anjuran Kerajaan Negeri Perak
bertempat di Dataran Mini 'Litte India' Jalan Sultan Yusuf, Ipoh
Pesta Deepavali 2008 anjuran Kerajaan Negeri Perak
bertempat di Dataran Mini 'Litte India' Jalan Sultan Yusuf, Ipoh
No comments:
Post a Comment