Friday, October 10, 2008

Pertemuan dengan pihak PRIM

Pada hari ini saya menerima kunjungan dari Ketua Persatuan India Muslim Perak (PRIM) di kediaman rasmi untuk membincangkan aktiviti yang bakal dianjurkan oleh mereka yang melibatkan saya untuk turut serta. Ini bukanlah program pertama pihak PRIM menjemput saya untuk turut menjayakan program anjuran mereka. Sebelum ini saya pernah mengikuti program anjuran mereka yang sentiasa aktif dalam berpersatuan dalam memberi kebajikan.

Setelah pertemuan dengan pihak PRIM saya bersama anak menantu keluar membeli beberapa barang keperluan dan pulang ke kediaman sebelum solat Jumaat. Anak-anak kebiasannya solat Jumaat di Masjid Muhibuddin Shah, Jalan Hospital manakala suami mengikuti jadual Tazkirah dan Solat Jumaat di masjid-masjid yang telah ditetapkan di sekitar Ipoh. Namun pagi tadi suami ke Manjung melawat mangsa denggi dan beliau solat Jumaat di sana.

Jam 3.00 petang anak ke-6, Syawwal, bersiap ke Kompleks Pendidikan Al-Hidayah untuk mengikuti Perkhemahan Tarbawi yang dianjurkan oleh pihak sekolah selama 3 hari bermula pada hari ini dan berakhir petang Ahad. Syawwal baru selesai menduduki peperiksaan UPSR sebulan yang lalu.

Selepas Asar saya menghabiskan masa di TESCO membeli barang keperluan dapur untuk bulan ini. Anak ke-4 saya, Syadeed, mengikuti Majlis Bacaan Yassin di sekolah kerana pada hari Isnin beliau akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Program esok ialah menghadiri majlis Aidilfitri di Kampar, Jahang, Teluk Intan dan Sg. Rokam.

No comments: