Sunday, December 21, 2008

Hari Anugerah Cemerlang PASTI Negeri Perak

Semalam telah diadakan Hari Anugerah Cemerlang Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Peringkat Negeri Perak bertempat di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyyah (SERATI), Tanjung Rambutan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh saya sendiri.

Saya tiba sekitar jam 10.30 pagi kerana terlebih dahulu menghadiri program di Pengkalan Pegoh. Sebelum itu ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Y.Bhg Tn. Haji Hashan Aladi selaku Pengarah PASTI Perak dan ucapan oleh Y.Bhg Al-Fadhil Ustaz Nor Azli Musa- Ketua Pemuda PAS Perak.

Selepas majlis perasmian diadakan persembahan Bercerita oleh Johan Ihtifal Kebangsaan dari Gerik dan Persembahan Nasyid oleh Johan Ihtifal Kebangsaan dari Bagan Serai. Penyampaian hadiah dan anugerah diadakan sejurus selepas itu.

Jamuan makan diadakan sebelum majlis bersurai.

1 comment:

pastipusat said...

Terima kasih Datin Seri kerana kesudian untuk meraikan kejayaan bersama, saya selaku juru gambar ada menyediakan beberapa gambar Datin di laman Web http://pastipusat.blogspot.com untuk tatapan Datin Seri