Sunday, December 21, 2008

Nisa' Perak Indoor Games 2008

Indoor Games anjuran NISA' Negeri Perak telah berjaya dilangsungkan pagi tadi di Taman D.R Seenivasagam, Ipoh. Program yang berobjektifkan memperkenal permainan-permainan kepada generasi muda moden dan mewujudkan jalinan ukhuwah di antara para peserta telah berjaya menarik minat peserta yang bilangannya amat membanggakan.

Pengarah program ialah Puan Haliza bt Hamidon dan sepatutnya saya menghadiri majlis perasmian program ini namun disebabkan komitmen saya perlu bersama suami ke Taiping saya telah mewakilkan Puan Arbaayah (Isteri kepada Exco Y.B Zainuddin) untuk berucap sekaligus merasmikan program tersebut.

Menurut anak saya yang juga terlibat sebagai AJK, program berlangsung dengan baik dan antara permainan yang dipertandingkan ialah Catur, Ceper, Karom, Congkak, Batu Seremban, Dam Haji dan Dam Ular. Pertandingan bermula jam 9.15 pagi dan majlis berakhir pada jam 2.00 petang.

Nisa' ditubuhkan dengan misinya 'melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia' dan keahliannya terbuka kepada golongan wanita berumur antara 15 hingga 40 tahun.





2 comments:

Jacques.ah said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Semuga sihat dan gembira.

Ada permainan congkak juga yer. Teringat masa kecil main congkak bawah rumah. Buah congkaknya buah getah. Tapi selalu kalah sebab Rodah suka mengelat.

Sukan dan aktibiti saperti ini menjalinkan silatulrahim dan mengeratkan tali persahabatan antara kita.

Suka nengok ramai pendudok berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbagai bagai ugama berkumpol dan berinteraksi antara mereka.

E-in said...

alhamdulillah, bestnye, kami di Sarawak belum lg berkemampuan utk buat prgm sedemikian rupa..