Sunday, December 14, 2008

Tiba Di Pulau Pinang


Alhamdulillah tepat jam 12.45 malam saya dan suami tiba di Batu Feringghi, PUlau Pinang. Anak-anak yang lain sudah tiba seawal jam 5.30 petang kerana mereka telah berada di utara sejak kelmarin. Bermalam di rumah adik Ipar di Pendang dan terus menghadiri majlis perkahwinan kawan kepada anak sulung saya dan menantu di Kuala Sungai. Dari majlis tersebut mereka terus ke Pulau Pinang.

Di PUlau Pinang kami sekeluarga menetap di Rumah Perak yang terletak di Jalan Batu Feringghi. Seawal pagi anak-anak sudah excited ke pantai yang terletak hanya beberapa langkah dari pintu belakang Rumah Perak. Saya dan suami turut mengambil kesempatan masa bersama anak-anak dan berjalan di pantai Batu Feringghi.

Pulau Pinang bukanlah asing bagi kami sekeluarga kerana kami pernah menetap Pulau Mutiara ini hampir 13 tahun ketika suami bekerja di KOMTAR. Kali ini kami datang untuk bercuti walaupun suami masih ada jadual untuk beliau ikuti.

Tengahari ini suami akan ke Alor Star untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak di Pejabat Menteri Besar Kedah dan pada sebelah malamnya suami akan menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di Batu 9 Jalan Alor Star-Sungai Petani.

Esok pagi pula beliau akan mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Pulau Pinang untuk bertemu dengan Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Rumah Perak di Batu Feringghi

10 comments:

KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...

sedap la pergi cuti sambil naik toyota camry ye tak..bukan mahal sangat nak beli kereta baru tebang balak sehektar dua dapatlah..

ko ngan suami ko ni dok mengkayakan cina je

is said...

Err..member kelab jiwa luka...jealous ke tak dpt merasa kereta baru? kesianle geng jiwa luka, exco dan mb dulu yang lulus, exco dan mb baru yang merasa...memang padan pun geng umno ni terasa luka jiwa mereka...padan muka, umno hilang kuasa....PRU13...pastikan umno dan BN kita talqinkan...

~PakKaramu~ said...

Salam! Jiwa luka

Saya simpati kat jiwa luka, jangan sampai sakit jiwa nanti sudah lah!

Biar lah depa nak beli apapun,janji depa selamat! kalau ada yang kata kerajaan Perak tidak priotik maka perbaikilah Perdana tu, perbaikki modelnya,elektroniknya, wireingnya,

saya faham sangatla keadaan spare part kereta tu, yang banyaknya dan sparepartnya di buat oleh orang melayu ke siapa? yang untuknya siapa? itulah sebabnya kita kena selidik dulu sebelum buat komen

spare part bernilai rendah, harapkan cat saja yang elok, sementara barang dalam bermutu rendah, siapa yang lulus semua tu?

Perdana ibarat luar baik dalam busuk, alahai kena tipu je lah melayu dek ........ and saya syorkan melawatlah sesekali ke tempat Perdana tu, saya tahu sangat perdana tu

sya said...

jiwa luka hang ni memang betul-betul terluka ya...sakit hati tengok orang lain bahagia...Toyota camry lebih baik buatannya dari jenama tempatan,bak kata pakkaramu cat je yang lebih kualiti hampeh...bagi saya pilihan Datuk Seri amat baik harga memang mahal tapi tak memudaratkan...tak kena keluar masuk workshop macam perdana tuuu

KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...

hurm...kesian anak-anak melau di proton...kalau geng ni memerintah..jual habis la kilang proton ke orang luar...

kalau dulu setiap sen dari duit proton tu masuk juga dalam poket rakyat...skang ni entah la..balik2 cina juga yang kaya...tak gitu..

dengar2 wakil penjual toyota tu sedara mara kepada salah seorang exco kerajaan...yab tak takut ke kena soal di padang masyhar nanti..?

hurm, apa cerita tanah2 di perak..berapa ribu hektar dah beri ke cina? jangan sampai tokong dan sekolah cina lebih banyak dari masjid dan surau kita yab...

KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...

apalah mb ni..mentang2 cina dap tu suka camry...dia pun ikut suka camry..memang la perdana tu servisnya mahal dah 5-10 tahun guna...camry pun sampai usia tu maintenance mahal jugak...tengoklah bila nak tukar spare part nanti...

datuk seri jangan jadi balaci cina..jangan jatuhkan maruah orang melayu di perak!

dengar cerita banyak konsesi balak dapat ke cina yang ada hubung kait dengan pemimpin dap...betul ke datuk seri?

jangan dulu mengata umno sekarang dah dapat kuasa jadi terbalik datuk seri...nanti apa nak jawap dalam kubur?

blues untuk rakyat said...

klau pakatan yang memerintah......

kami akan menaikkan kualiti proton.....

kamu bawak lebih ramai pekerja melayu....

kerana kualiti baik... harga murah.... permintaan mesti mengalakkan.....

maka pekerja melayu kat proton tu bertambah ramai....

tak gitu pemuda jiwa luka.....

bawak berubat luka tu.....

KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...

Kembara Politik:

1. Ini sumber yang penulis ambil dari Harakah, sumber yang dikatakan dipercayai oleh segenap umat Pakatan Rakyat terutamanya warga PAS. Kalau penulis quote dari akhbar lain mesti mereka ini tak percaya…klik pada sumber yang disertakan dan baca, kemudian nilai sendiri...

2. Cuba amati apa yang dilaporkan pada 29 Julai 2008;

Nizar cakap tak tinggi mana pun penyelenggaraan…siap boleh salurkan kos penyelenggaraan yang tak digunakan ke perbelanjaan rakyat! Menarik!

3. Cuba amati pula apa yang dilaporkan pada 12 Disember 2008;

Kos penyelenggaraan tiba-tiba je meningkat…dalam masa 5 bulan (bermula Julai hingga Disember), kos penyelenggaraan V6 kerajaan Perak melonjak tinggi…ye la kan…dulu masa bulan Julai Nizar cakap semuanya ok…no problem…siap ada lebihan yang tidak digunakan disalurkan kepada perbelanjaan rakyat....ni bulan Disember lain pula jadinya…dia cakap tinggi pula..Menarik!

4. Hmmmm dunia dunia…apa boleh buat orang yang dakwa berjuang demi agama Islam pun kuat menipu…Pembohong! Punah punah!!

5. Atau barangkali ada sebab lain mengapa Nizar jadi pembohong?

then nak jawab lagi satu tu...kalau pakatan memerintah...bukan ke pakatan dah memerintah perak?

bukan ke kilang proton tu duduknya dalam negeri perak...

push la proton ambik lebih ramai pekerja melayu...

nowdays ada 5000 orang yang bergantung hidup kepada proton hampir semuanya melayu pun..

industri proton telah menukar kebun getah dan bandar mati tanjung malim sebagai satu bandar industri antara yang paling moden di asia tenggara!

nasi lemak dan burger seller pun tumpang rezeki yang datang hasil pembangunan proton city..

bayangkan kalau pemimpin2 pakatan rakus ni meonjolkan keburukan proton, then penyokongnya semua percaya dan pakat tak mau lagi beli proton (yang kaya la..yang sederhana beli juga) mcm mana industri proton nak berkembang?

apa nasib 5000 staff proton? apa nasib vendor proton? apa nasib nasik lemak, goreng pisang dan burger seller di sana?

mana dia kebajikan yang dijanji oleh MB, tak termasuk penipuan di atas..

penyokong2 mb pun tak menjawap lagi semua persoalan yang sebelum2 ni...bagi hujah bodoh boleh la..

mb jangan menipu..dulu kata orang UMNO menipu..skang MB pun nak jadi penipu?

ketuk dulang paku serpih kot?

KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...

bila jualan proton jatuh..maka budget untuk R&D pun jatuh..

juala proton jatuh sebab yang jatuhkannya bukan orang lain..orang malaysia juga..

bila budget R&D jatuh mcm mana nak naikkan kualiti proton? setakat jadi PM suruh naikkan kualiti tapi tak tau masalah proton mcm mana nak naik kualitinya..

cakap senang..nak buat susah..
paling senang bagi je tanah ribu2 hektar kat cina..itu je nizar mampu buat...

beli camry pun dengan dealer cina..

nasib baik cina takleh sembelih lembu korban..kalau boleh entah2 nizar pun suruh diorang...

hummm apa cerita kes SEDEKAH mb?

graph cut said...

jiwa luka,

jangan cemburu exco perak dapat pandu camry.

exco terenganu lagi hebat.
Mercedes E Class

Kasihan Proton.