Wednesday, December 10, 2008

Penyembelihan Qurban di Pasir Panjang


Saya menemani suami ke Pasir Panjang pada Hari Raya Kedua untuk menyempurnakan majlis penyembelihan qurban di dua tempat yang berbeza. Pertamanya di Masjid Kampung Sitiawan MB sendiri telah menyembelih 2 ekor lembu korban dan menyampaikan ucapan sempena Aidiladha di masjid tersebut.

Tempat kedua ialah di Surau Kampung Lekir Batu 15, Kayan di mana MB turut menyembelih seekor lembu sebagai korban dan di sini Y.B Ngeh Koo Ham selaku ADUN Sitiawan turut bersama di dalam majlis. Beliau turut bersama mendengar tazkirah di dalam surau dan melihat kali pertama dalam hidupnya lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri. Y.B Ngeh turut melahirkan rasa 'takjub' beliau dengan keberanian MB menyembelih lembu sambil menyifatkan ia bukan boleh dilakukan oleh semua manusia kecuali yang betul-betul ada keberanian.


2 comments:

NGINAP SRENGENGE said...

Orang umno ingat orang depa yang hebat.Memang depa hebat membodohkan rakyat.

KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...

itu YB cina dah mandi hadas ke masuk dalam surau...kang kena samak pulak...