Wednesday, August 06, 2008

Doa untuk Pakatan Rakyat

Kira-kira jam 5.30 petang saya menerima panggilan telefon dari pondok polis yang menjaga pintu masuk utama kediaman mengatakan ada tetamu yang datang ingin berjumpa dengan suami. Saya berasa tertanya-tanya siapakah yang datang kerana suami masih belum pulang dari pejabat dan beliau juga tidak ada menelefon memberitahu akan kehadiran sesiapa ke kediaman.

Saya meminta bantuan dari anak untuk mendapatkan kepastian siapakah yang hadir untuk bertemu suami. Setelah membuka pintu rupa-rupanya yang berkunjung ialah sahabat lama saya dan suami ketika menetap di Kuala Lumpur antara tahun 1984 hingga 1993. Saya menjemput mereka masuk dan berbual hampir 15 minit sebelum suami tiba di kediaman. Rupa-rupanya suami tidak berkesempatan masa untuk menelefon memberitahu akan kehadiran mereka sedangkan suami telah maklum.

Rancak juga kami berbual kenangan lama dan perkembangan terkini. Hampir waktu Maghrib mereka berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, malam ini semua dapat berkumpul untuk makan malam bersama. Sesudah makan malam kami anak beranak rancak berbual tentang keadaan semasa. Suami menceritakan tentang hal rakan-rakan bertanyakan kepada beliau mengenai ura-ura bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang pada 31 Ogos 2008. Beritanya, Kerajaan Barisan Nasional sedang merancang dan mengatur 'projek' untuk merampas kembali kerajaan Perak.

Suami secara berseloroh menjawab angka 31 itu sangat bermakna kepada Pakatan Rakyat di Perak kerana 31 itulah bilangan ADUN Pakatan Rakyat dan 31 Ogos adalah tarikh kemerdekaan negara yang sepatutnya lebih dijiwai oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah 50 tahun memerintah negara. Sepatutnya mereka dapat menerima hakikat bahawa rakyat sudah menolak kepimpinan mereka dan memilih pemimpin dari parti lain untuk memimpin rakyat Perak.

Suami berpesan supaya saya menyampaikan kepada semua terutama rakyat-rakyat Perak sentiasa berdoa agar Allah bersama mereka-mereka yang benar. Banyakkan solat hajat.

Saya dan anak-anak akan sentiasa menyokong dan berdoa untuk suami dan seluruh kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat agar sentiasa dalam lindungan dan rahmat dariNya.

29 comments:

Abang Long said...

Salam hormat wahai Datin Seri.

Semoga hayat PR terus kekal memerintah PERAK.

Hijrah said...

Ya ALLAH, tuhanku yg MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG. Berkatilah negeri perak dibawah pemerintahan Ir Nizar ini. Rahmatilah negeri kami ini dan limpahkan lah dengan sinar syariat agama-Mu. Jauhilah negeri ini gangguan2 musuh-musuh agama-Mu, sama ada yg nyata atau tersembunyi.

amin.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam

abang long,
Allah menentukan segalanya. Semoga mereka yang berada dipihak yang benar diberi pertolongan dan perlindungan dariNya.

Hijrah,
Ameen Ya Rabbal 'Alamin

Unknown said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Saya dan keluarga sentiasa menyokong dan berdoa agar kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah swt.Teruskan usaha untuk memperjuangkan hak rakyat.

Wassalam.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam,

aminah,
Terima kasih Aminah di atas sokongan. Saya yakin suami dan rakan-rakannya dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Semoga Allah memberi mereka kekuatan.

Muhammad Fahmi said...

salam sejahtera datin seri,

tahniah kerana artikel 'Doa untuk Pakatan Rakyat' sudah tersiar di Harakahdaily:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016260&Itemid=101

myspacerb said...

Salam. Sedih dan saya saya mendengarnya org Islam tidak percaya antara satu sama lain.

Saya warga Ipoh sejak kecil dan saya memang telah bergaul dengan macam2 manusia. dari kaki disko ke ustaz. apa yg saya nampak, banyak kenalan yg tidak suka Islam dan menghina Islam adalah penyokong DAP. senang2 hati sahaja mereka sound kita.

lihat sahajalah The Star, ada diorang highlight kan masalah org kita?

tatkala Datin berasa seronok dengan DAP, jangan lupa, majoriti org Islam dan Perak menyokong UMNO. 27 daripada 28 adalah UMNO. berbanding dengan PAS 6. Datin cuma MENUMPANG dan suami datin dipilih kerana dia ISLAM dan MELAYU dan ada PENDIDIKAN dan nasib baik kita ada SULTAN. Itu sahaja.

Jangan lupa, semasa rakayat mengundi PRU12 x der langsung Pakatan Rakyat. DAP seperti mana kita tahu, memperjuangkan sekular. Ada x manusia memperjuangkan dan mengundi parti sekular iaitu DAP tapi nak dibawah parti PAS?

sebenarnya, apa yg saya nampak, datin x tahu keadaan sebenarnya. Pergilah ke Ipoh Parade (dekat jer) dan Jusco. Lihatlah rupa2 penyokong yg majoritinya, penyokong salah satu parti dalam so called Pakatan Rakyat. Renung-renungkanlah perwatakan mereka... Datin fikir mereka hendak Islam? Fikir2 kan lah.

Saya dulu berfikir hendak cross over to PAS sebab saya tengok PAS nih bagus2. Tp bila fikir2 balik cara diorang handle kes di perak, amat menduka citakan. seperti sudah hilang arah tujuan dan tidak waras.

maaf jika comment saya mengguris perasaan datin.

apa2 pon bagus jugak PAS ada kat pakatan rakyat. kalo x der, sape nak mempertahankan Islam kat pakatan rakyat.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Salam

Fahmi,
Terima kasih atas maklumat

Blog Master,
Terima kasih di atas nasihat dan teguran.

Apakah cara PAS menyelesaikan kes yang mendukacitakan blog master?

pandangan saya UMNO sebagai majoriti dalam BN selama 50 tahun tapi tidak boleh laksana program Islam. Kini PAS menerajui Pakatan Rakyat di Perak telah buat :-

1. Peruntukan 1.3 juta untuk Sekolah Agama Rakyat
2. Saguhati RM1000 kepada semua anak-anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran Ijazah Pertama ke IPTA
3. Kenaikan gaji kepada RM 575 untuk guru KAFA dan Tadika Islam
4. Bulan Galakkan Solat
5. Cuba menyediakan tempat solat di pasar-pasar malam
6. Tiada Sureheboh di Perak
7. Solat Tarawih bakal diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh

Semoga dengan sedikit usaha ini akan menaikkan imej Islam pada rakyat-rakyat Perak yang bukan Islam. Seterusnya mereka akan dapat menerima cara hidup Islam. Ameen

Teruskan mengkritik untuk kebaikkan bersama.

myspacerb said...

Tahniah diatas langkah2 yang diambil. Saya berduka cita atas perpecahan yang berlaku pada umat Islam pada hari ini. Buka sahaja harakah, ada sahaja nak menghentam umno. Cara penulisan pon saya rasa agak 'keterlaluan' seolah-olah UMNO adalah musuh Islam yang harus diperangi. Sedarlah mereka juga org Islam.

Sekiranya Datin rasa UMNO tidak buat apa2 pada Islam selama 50 tahun, saya rasa silap tuh.

Approach UMNO bukanlah pada surau2 di pasar malam, memberi duit RM1000 sekali sahaja dsb. Tetapi apa yang saya nampak, lebih kepada penekanan ekonomi, pendidikan dan pembangunan, yg melahirkan ramai cendiakawan, jutawan Islam. Bukankah itu jasa besar pada Islam juga? Cuma x nampak kerana ia secara x langsung.

Saya berharap, suami Datin dan juga PAS, janganlah tetutup dengan BN dsb. Mereke juga org Islam dan penyokong mereka juga org Islam.

Janganlah begitu ekstrim dalam menilai UMNO. pada awal2 lagi, ada sstgh tahu, PAS tidak dapat menang bersendirian dalam sstgh negeri seperti perak. sebab tuh x vote dari awal2, x realistik. Hal ini terbukti dengan lahirnya PR dimana pas terpaksa berkongsi dengan dap dan pkr.

Apa2 pon, saya akan nilai apa PR buat pada Perak dalam masa 4 tahun nih.

InsyaAllah saya akan terus memberi komen membina di blog datin. Saya meminta maaf atas comment dahulu. Nevertheless, ia pandangan ikhlas dari saya.

*p/s harap Dato Nizar bila buat projek pembangunan, rancang betul2. Jangan jadi sprt sebuah negeri di timur semenanjung tuh, berserabut dan bangunan pon main buat jer.

Anonymous said...

Datin Seri dan blog Master.

Begitu hebat sekali UMNo di Perak.

Tapi kalau di Kelantan, yang ternyata rakaytnya ramai MELAYU dan ISLAM. Tapi yang menafikan hak orang Melayu dan Islam ialah UMNO sendiri.

Apakah nak tunggu Kelantan jadi macam Perak, barulah UMNO/BN nak bangunkan melayu dan nak jaga ISLAM??

Kalau selagi Melayu/Islam di Kelantan, Kedah, Terengganu masih majoriti, maka bermati-matianlah UMNO/BN di negeri tersebut berjuang nak pasti orang Melayu?islam yang tidak menyokong UMNO/BN dianaktirikan.

hairan juga saya.

myspacerb said...

kepada hamba Allah, sukar untuk saya tuliskan keadaan ini. Tapi kalaulah UMNO jahat lah sesangat dan benci sesangat Islam, x der nyer rakyat perak support dan diorang menang sampai 27 kerusi...

apa2 pon, terpulanglah. gaduh sesama sendiri apa faedah pon. dah jadi, jadilah. harap Dato Nizar jaga Perak sebaiknya...

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

Assalamualaikum..

Menolak UMNO sebab dasarnya memperjuangkan bangsa. Jelas ulama' menolak Al-Qaumiah Al-Wataniah. (Semangat perkauman dan kenegaraan) Jika UMNO ubah dasar kepada memperjuangkan Islam tidak mustahil PAS boleh bergabung dengan UMNO.

Paper dari dulu digunakan untuk propaganda. nazi, soviet, korea utara semua pernah guna cara yang sama..Harakah? sudah semestinya menyampaikan fikrah parti PAS. Semua berita di tapis dan tepat. Ada yang berani saman harakah kalau ada berita yang tidak benar?

Utusan Malaysia? Berita Harian? Berapa juta fitnah sudah disebarkan? Sudah pastinya akhbar-akhbar kerajaan BN akan memburukkan lawannya. Berita anak Perak gagal mendapat RM1000 sebagai saguhati berjaya ke IPT. Jenuh disebarkan di akhbar. Tapi bila confirm anak perak dapat RM1000..haram nak sebarkan. .tue contoh ciput la..

Tidak dinafikan ramai melayu Islam menerima UMNO di Perak. Tapi harus diingat tentang jumlah mereka yang menyokong PAS dalam 28 DUN yang BN menangi. Bukanlah UMNO menang majoriti yang besar..17 DUN DAP menang lawannya semua dari agama Buddha dan Hindu. (Nak sebut cina dan india kenalah ingat ramai cina muslim dan india muslim di Malaysia).

Apa yang jelas dan tidak boleh dinafikan.. mereka menerima PAS untuk memimpin Perak. Selagi mereka Zimmi (Kafir yang tidak bermusuh dengan Islam) tiada masalah hubungan mereka dengan Islam..tetapi jika mereka golongan Harbi (yang ingin berperang)dengan Islam..sudah pasti Islam menentang mereka.

Semoga Qada' dan Qadar yang telah Allah aturkan adalah rahmat untuk semua rakyat Perak. Jika Pakatan Rakyat berada di dalam kelompok yang tidak benar..semoga Allah mengaturkan yang lebih baik.

'Kita Merancang. Allah juga merancang dan Perancangan Allah yang lebih Tepat'

myspacerb said...

Kalau kata Bn tuh perkauman sebab terdiri dari parti berdasarkan bangsa x tepat tuh. PAS pon ada kelab Cina dan India. Bukankah itu perkauman jugak? Kelab penyokong PAS Cina dan India... cam MIC dan MCA jer.. sama konsep jugak.

Dato Nizar pon buat formula pembahagian ahli jawatan kuasa apa tah baru2 nih ikut formula perkauman. kalau yer la x der perkauman, x der nyer formula2 sebegini. X kesah sapa2.

Sebenarnya, kaum itu akan tetap wujud. Didalam Quran pon dinyatakan Yahudi dsb. Jadi cuma pembahagian yang sama adil itu yang penting. Pelik jugak PAS marah2 bn ada sistem melayu, cina dsb tp akhirnya dia pakai jugak akhirnya.

Tidak cukupkah azan dipersoalkan - http://pembelamelayu.com/?p=339? Tulisan jawi dipersoalkan? bnyk lagi boleh cari.

Cukuplah orang Islam berpecah. bersatu je la di dalam satu tempat. tp apa nak buat? pemimpin pon ada ego dan saling bantai-membantai satu sama lain... payahlah gini. nak ker kita jadi cam negara arab? berpuak-puak kerana pemimpin msg2 nak jadi juara, negara tergadai.

harap2 org Islam Malaysia dan pemimpinnya bersatu. Amin

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

Saudara Blog Master..

Saya sebut UMNO yang memperjuangkan perkauman.. bukan BN. Parti PAS mensyaratkan keahliannya adalah ISLAM. Cina dan India bukan ahli PAS tetapi KELAB PENYOKONG. Itu kena jelas.

Kaum-kaum ini bukan tetap wujud tetapi memang dah wujud. Saya sebut memperjuangkan semangat perkauman dari sudut hukum. (kalau sebut bab-bab hukum ini kekadang orang Islam sendiri banyak tak suka). Pelik.. Tapi memang benar kata ulama' bahawa Muslim ini ada yang hanya pada nama..ada yang beramal dengan penuh.

Nak banding dengan negara Arab? Oh..Jauh sungguh langit dan bumi. Tidak sama langsung sama sekali politik di negara Arab dan di Malaysia. Politik Arab sehingga kini semuanya sistem Diktator.. Demokrasi hanya dicanangkan..tetapi satu sen pun tidak memberi kesan kepada pemilihan ketua negara.

Ada la plak kes minggu lalu Tajol ajak PAS bergabung ngan UMNO. Patutnya kerajaan memerintah la ajak orang lain masuk ke dalam kerajaan. Sungguh tidak ada maruah. Bayangkanlah kalau DS Nizar ajak UMNO masuk ke PAS untuk bersama dengan semua Pakatan Rakyat. Mahukah UMNO? Mampuih depa mau..

Tak payahlah nak listkan masalah pemimpin UMNO kat sini..banyak sangat teruknya. Carilah pemimpin UMNO yang ok ok sikit pimpin UMNO.
Hehehe.. sorilah kalau blog master yang memperjuangkan UMNO terasa.

DS Nizar dipilih memerintah kerajaan dia adalah MB kepada semua rakyat. Bukan MB kepada PAS, DAP, PKR. Berilah sokongan kepadanya..atau taknak beri sokongan pakatlah ramai-ramai menangkan UMNO dan Parti Kompenan lain BN dalam PRU 13 nanti..

Sistem kini bukan diktator, bukan sistem angkat tangan mengundi dalam dewan, bukan sistem laga ayam tuan laga boleh jadi pemimpin. Kita ikut demokrasi Barat dari zaman dulu..

Alangkah Indah jika sistem Khilafah masa ada.. Syura diagungkan.

Sembang-sembang said...

Assalamualaikum
Datin Seri Hajjah Fatimah

Saya sungguh tertarik dengan respon yg datin seri berikan kepada blog master (BM-Buah Mangkor) yg telah menghina kedudukan datin seri dan dato' seri MB, di atas apa jua yang berlaku di Perak kini. Saya anak jati Perak asal dari Bersia di Grik. Kini saya menetap sebagai seorang guru di Kota Kinabalu (KK) di Sabah. Saya ditukarkan ke Sabah semata-mata saya jadi AJK Cawangan Pas di Grik, yang tidak disenangi oleh wakil rakyat UMNO ketika itu. Walau apapun saya tidak hampa atau menyesal bahkan menerima ketentuan Ilahi.

Apa yang menjadi pertanyaan saya kepada Blog master (BM-Buah Mangkor), bagaimana setelah 51 tahun di bawah pemerintahan UMNO-BN di Perak, Buah Mangkor masih tidak nampak kezoliman, rasuah, penganiyaan dan nista yang di buat UMNO. UMNO tidak pernah melahirkan chendikiawan atau jutawan Islam. Yang ada hanya beberapa ekor jutawan melayu yang korup, dayus dan kini telah menuju bangkrup. Tengok Tan Sri MK yang tipu rakyat Perak dlm isu pengambilan tanah di Lembah Beriah berjumlah 2000 ekar dgn bersekongkol kerajaan UMNO bawah kedua -dua mantan menteri besar yang lalu. Apa guna ada dua tiga kerat yg bergelar "jutawan melayu bangkrap"?

Apa jadi dengan tergadainya tanah orang melayu 22,000 ekar di Lekir oleh kerajaan UMNO sbelum PRU-12?

Apa jadi tergadai tanah kerajaan 1500 ekar di Bandar Baru Kampar yg di beri pd MCA utk universiti mereka UTAR?

Apa jadi tergadai ratusan ribu ekar tanah rizab kerajaan yang di beri kepada 971 orang petani cina di Coldstream, Bikam, Perak 7 hari sebelum PRU-12 (1 Mac 2008) oleh Pak Lah dan mantan MB perak ?

Saya yg jauh di KK, Sabah ni pun berasa hairan bagaimana Buah Mangkor masih tertutup minda dan tak cerdik-cerdik. Barang kali terlalu lama dipekasamkan oleh UMNO sehingga tak terlihat fakta dan kebenaran , kesian Blog master nama aja blog master tetapi bodoh nak mampus. Dah tua pun masih bodoh lagi! Memang itulah hasrat UMNO, menjadikan orang melayu Perak bodoh supaya senang diheret dan ditarik macam lembu daging.

Pembangunan apa yang kamu maksudkan? Tahu kah kamu wahai blog master (buah mangkor) , kompleks pelancungan di Tasik Banding (di Grik) yang di bina olek kontraktor UMNO dgn hasil rasuah, runtuh bersepai menyembah bumi? Ini pembangunan UMNO? Makmal komputer 3 buah sekolah kebangsaan yng dibina kroni UMNO runtuh hampir maut anak2 sekolah melayu akibat rasuah dalam pembahagian kerja?


Kini kerajaan pakatan rakyat pimpinan PAS cuba membaiki keadaan dengan good governance, justice, accountability, transparency, integrity dan welferability. Tak kanlah blog master ini pun tahu faham? Berentilah jadi bodoh!

Tulisan jawi hilang dari peradaban orang melayu kerana dihapuskan oleh kerajaan UMNO! Bahasa Melayu turut di humban oleh pimpinan UMNO dlm pembelajaran sains dan mathematik (ETAMS). Datin Seri telah menyenaraikan beberapa usaha kecil bagi menyedar dan mengembalikan rakyat melayu perak supaya kembali pada ajaran Islam. Kini orang malayu di Sabah papa kedana dan merempat ditanah sendiri tak terbuat apa-apa oleh UMNO.

Buah Mangkor bolih datang ke KK dan lihat sendiri. Kristian dari Pilipina, Indon kini menjuarai dan kontrol perekonomian seluruh sabah! Nah!

Saya harap datin seri terus memberi maklum mengenai ehwal Perak di bawah pimpinan Dato' Seri MB. Saya doakan datin seri selamat dan sihat serta sabar berdepan dengan karaktor macam buah mangkor. Sebenar ramai lagi orang melayu macam pemikiran blog master ni dan mereka perlu disedarkan. terdapat 8 kerusi DUN di Perak yang UMNO menang tipis seperti DUN Pengkalan Baru di Beruas, UMNO cuma menang 14 undi sahaja. Jadi BM jangan angkuh kata orang melayu sokong UMNO dan UMNO menang 27 kerusi! Menangpun tipis dan dengan mudah UMNO akan tersungkur dalam PRU 13, seperti yng akan disaksikan di PR kecil Pmtg Pauh nanti. InshaAllah.

Saya harap Blog master buah mangkor supaya jangan jadi mangkor sepanjang hayat. Cerdiklah dan berubah. Tolak UMNO sebagaimana Tun Dr Mahathir yang cerdik itu juga telah tolak UMNO, tak kan BM buah mangkor lebih cerdik dari Tun Dr Mahathir?

Teruskan Datin Seri!
Syabas dan Tahniah
Terima kasih.

Anonymous said...

Macam mana kalau kita sama-sama cari jalan untuk satukan Melayu Umno dan Melayu PAS dengan ISLAM.

sepatutnya cadangan muzakarah@muqabalah yang terjadi pada baru-baru ni diteruskan. Tetapi ada beberapa individu dalam UMNO baik, PAS baik yang tidak melihat musuh itu boleh dijadiakn kawan.

Betapanya apabila musuh tetap musuh, sedangkan dalam kaedah demokrasi musuh dijadikan kawan barulah kita menang.

myspacerb said...

Salam, pertama sekali, saya berasa gembira masih ada penyokong PAS di sini yg mampu menjawab secara ilmiah. Harap perbincangan seperti ini dapat diteruskan ntuk merapatkan jurang persefahaman.

1. Kalau gitu, kenapa x ditubuhkan sahaja kelab penyokong PAS bukan Islam? Kenapa perlu ada Cina dan India? Org Singh, Iban camner plak?

2. Pasal UMNO ajak, saya x bersependapat begitu. Apa saya faham, Tajol Rosli mengajak PAS berkongsi kuasa semasa PRU12, atau lebih tepat sebelum PR ditubuhkan di Perak. Ini terbukti apabila Dato Nizar berkata keajaiban berlaku pada PRU12 apabila PAS, PKR dan DAP yg berbeza ideology bergabung jadi PR (selepas PRU12 di stadium perak, ucapan pertama, check youtube). Jadi sebelum pru12, 27 ajak 6. Rasanya apa tajol rosli tu betul aper? Bukan dia ajak semua PR (17+7+6) masuk BN.

3. Bukan menghina, cuma pandangan dan luahan peribadi. Janganlah marah kerana saya x bersependapat, bukankah ini kebebasan bersuara yg diperjuangkan Pas jugak? So, suka ke x suka ker, kene suka lah.

4. Kepada sembang2, molek sungguh saudara dapat mengutarakan masalah ekonomi-bahasa inggeris dalam sains dan matematik. Tahukah saudara kenapa org2 kita tidak dapat menguasai ekonomi? Salah satu faktornya ialah lemah dalam komunikasi bahasa Inggeris.

Bahasa Ingeris adalah bahasa antarabangsa dan digunakan setiap hari. Kelemahan dalam ilmu ini menyebabkan ramai graduan kita tidak mampu bersaing atau layak dengan graduan lain di dalam syarikat multi-nasional antarabangsa dan yang besar2 seterusnya melenyapkan peluang mereka mendapat jawatan dan gaji yg tinggi, seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi.

Matematik dalam BI? Apa masalahnya? Plus, minus, substrate… yg lain2 semuanya nombor. Bukan banyak sangat pon.

Sains dalam BI? Apa masalahnya? Kita bukanlah key player dalam bidang sains seperti Jepun yang mempunyai teknlogi sendiri sehingga org mahu belajar dari mereka. Apa yang kita buat adalah menterjemah buku2 sahaja (kene ingat jugak, nak terjemah kene tau BI juga). Kita ada penemuaan tp masih x sehebat barat dan jepun. Kita harus belajar dari yg kukuh dahulu baru org belajar bahasa kita. Seperti mana org Jepun belajar pembuatan kereta dari Negara barat. Akhir2nya, mereka sekarang menghasilkan kereta yang baik sehingga barat pon mahu belajar dari mereka.

Sains adalah bidang yg berubah-rubah setiap masa, bukannya terhenti setakat SPM. Untuk menguasai bidang2 kritikal, BI amat penting, terutamanya perubatan. Saya ingin tahu, berapa banyak artikel / journal perubatan yang terbaru international ditulis di dalam bahasa melayu? Hampir tiada dan kesemuanya didalam bahasa Inggeris. Ketidak mahu mempelajari BI akhirnya akan merugikan doktor2 kita sendiri sahaja.

Dan ekonomi, buat apa marah2 kerajaan. Org Filipina dsb x der keistimewaan apa2 pon boleh berjaya, kenapa tidak kita?

Penguasaan BI oleh org kita dalam keadaan kiritikal. Majoriti tidak mampu bercakap dalam BI. Kalau nak tau krikital camner, pi kat cermin, cuba cakap 3 minit non-stop secara spontan dan lancar (sepontan dan lanjar) pasal kenapa saudara tentang sains dan m3 dlm bi. Boleh ke x?

Boleh saya katakan, majoriti yang menentang BI dalam sains dan matematik adalah mereka yang tidak tahu atau cekap berbahasa Inggeris. Untuk memartabatkan Bahasa Melayu, org Melayu itu sendiri harus maju. Dan setakat 3 subjek (BI, M3, Sns) x pupus nyer BM.

Apa2 pon, belajar je lah BI tuh. Bukan rugi apa pon. Mana ada ilmu yang rugi.

Oh yer, DR M ada tulis artikel mengenai ini baru2 nih : http://test.chedet.com/che_det/2008/08/mengajar-sains-dan-matematik-d.html

5. Dr M kata keluar UMNO, tp kene ingat jugak, dia cakap jangan sesekali masuk pebangkang dan masuk balik nanti. Hehe.

Kepada Hazimin, saya x terasa langsung bahkan suka dengan ulasan2 yg diberikan. Saya suka bertukar fikiran dan saya memang jenis baca semua. DAP ker, Harakah ke, mykmu ker, RP ke, Tun ker sumer saya baca penulisan mereka supaya dapat gambaran sebenar dan menilai sendiri mana yang lebih baik. Dan saya akan kaji, bukan main percaya sahaja.
Contohnya, bila najib cakap minyak x naik semasa pru12. saya dengar tuh pon x percaya. dan dalam isu penurunan harga minyak....

a. Masa debat Shabeery vs Anwar, Anwar kata dia ada plan ntuk turun 50 sen. Iaitu cari RM5 billion lagik jer. Atau dlm erti kata lain, anwar kata Rm5billion dapat beri subsidi 50 sen. Kerajaan Malaysia belanja 50 billion lebih ntuk subsidi minyak. Jika 5billion 50 sen subsidi, 50 billion RM5.00 subsidi. harga minyak dunia RM4. jadi, harga minyak malaysia patut, RM4-RM5 = - RM1 (negative 1). Maksudnya, setiap kali rakyat isi minyak 1 liter, dia akan dapat RM1. X perlu bayar dan dapat duit.

b. BN, Petronas telah memberikan jawapan yg tali-mentali yg masuk akal dan jawapanya konsisten. amat memalukan apabila wakil2 pebangkang dan termasuk KJ, meminta laporan kewangan Petronas yg dikatakan tidak dipublish... walhal telah dipulish di parlimen, the star dan websitenya sebelumnya. jelas menunjukkan ini menunjukkan wakil pebangkang yg ramai2 nih x kesah pasal petronas sebelum kenaikkan minyak dan seolah-olah berpura2 menjadi hero rakyat bila krisis ini berlaku.

jadi, dari a dan b, saya nampak janji ntuk turun minyak x nampak realistik (dan ader unsur2 penipuan juga) dan kenaikan minyak ada juga relevennya, walaupon perit.

Apa2 pon, pertukaran pendapat harap dapat diteruskan kerana saya x cakap umno tuh betul semua dan pas tuh salah semua. Sebab tuh saya suka dua-dua tuh gabung, x pon ada kesepakatan. Baru molek dan seimbang.

Wasslaam.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

Assalamualaikum..

Semoga Allah merahmati semua. Betullah..biar kita mengkaji, berfikir dan membuat keputusan yang terbaik dengan akal yang waras. Alhamdulillah sehingga kini ilmu yang sedikit ada sudah membuka hati untuk terus bersama PAS. Hasanah Dunia dan Hasanah Akhirat yang lebih utama di kejar.

Terima kasih sembang-sembang kerana terus memberi info ttg kenapa perlu tolak UMNO dengan masalah pemimpinnya yang cukup korupsi. Tolaklah pemimpin yang zalim dan tidak amanah.

Kepada Dato' Seri teruskan perjuangan mempertahankan pemerintahan berlandaskan Islam. Kalau di negara Arab, orang eropah yang nak masuk Islam jadi ragu-ragu bila tengok perangai arab muslim. Di Malaysia harap-harap dengan perangai Melayu Islam yang betul-betul mengamalkan Islam dapat memberi hidayah kepada non-muslim untuk memeluk Islam.

Kembalikan kehebatan kerajaan Islam terdahulu..
PENJAJAH MENGANUT AGAMA BANGSA YANG DIJAJAH SEPERTI MONGOL YANG MENGANUT ISLAM SELEPAS 3 TAHUN MENAKLUK BAGHDAD- HEBAT!

KERAJAAN ISLAM ANDALUS MEMERINTAH LEBIH 500 TAHUN DAN MEREKA ADALAH KERAJAAN MINORITI DI SEPANYOL. TIADA LAGI DALAM SEJARAH KERAJAAN MINORITI MEMERINTAH SELAMA ITU DENGAN KEREDHAAN PENDUDUK. (PEMERINTAH ISLAM DITERIMA OLEH GOLONGAN BUKAN ISLAM YANG MAJORITI DI TANAH GOLONGAN BUKAN ISLAM)- HEBAT!

SEJARAH DUNIA TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA SEMUA REVOLUSI MENJATUHKAN PEMERINTAH SEMUA MENGORBANKAN RAMAI ORANG TETAPI PEMBUKAAN MEKAH BERLAKU DENGAN AMAN- HEBAT!

Semoga Allah mengekalkan hati-hati umatNya yang mahukan Islam tertegak dibuminya dan melembutkan hati umatNya untuk menerima Al-Quran dan As-Sunnah secara total.
___________


* Negara Pengeluar minyak sesahihnya bertambah kaya apabila minyak dunia melambung. Buatlah perbandingan dengan negara-negara pengeluar minyak. Bukan buat perbandingan harga dengan negara-negara yang tiada hasil minyak.. Buatlah pemerhatian dan fikirkanlah..

Bahrain-- RM0.87/litre
Qatar-- RM0.68/litre
Kuwait-- RM0.67/litre
Saudi Arabia-- RM0.38/litre
Iran-- RM0.35/litre
Nigeria-- RM0.32/litre Turkmenistan-- RM0.25/litre Venezuela-- RM0.16/litre
MALAYSIA-- RM2.70/litre

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kepada semua memberi komentar dan kritikan.

Semoga dengan semua kritikan dan komentar yang diutarakan akan membuatkan kita lebih matang berfikir dan bijak membuat penilaian dan keputusan.

Segala keburukkan dan kebaikkan datang daripada Allah dan disandarkan kepada kita hamba-hambaNya yang lemah.

myspacerb said...

salam kepada datin seri dan juga Hazimin Sulaiman Abdullah.

Hazimin Sulaiman Abdullah, saya tertarik dan berfikir juga dengan harga minyak dan pernah berbincang pasal tuh dgn kenalan.

salah satu kenalan saya, yg berkhidmat dalam sektor pembinaan, sebelum petronas dan shahril jelas kat rtm pon dia dah kata, petronas x untung besar bila harga minyak naik kerana kos naik. besi, simen sumer naik. dan yg menariknya, jawapan sama diberikan petronas dan shahril selepas itu. kira cam gaji naik tp br naik jugak la. so bila kenalan yg x der kene mengena dengan pemerintahan dan dia sendiri pikir boleh kata camtuh, nak kata kerajaan tipu, kasik kroni x leh terima jugaklah..

dan pasal naper minyak malaysia mahal, kita kene tengok juga dengan kuantiti dan reserve. Saudi arabia ada simpanan 100 tahun, kita ada dlm 20 tahun (kalo x jumpe telaga minyak, walaupon x tau lagi ada ke x, jgn gamble la kan).

Sebagai seorang yg berminat dlm pelaburan, saya mmg sokong dilaburkan sejumlah yg releven duit petronas tuh dlm projek2 koridor dsb kerana ia memberi support pada ekonomi jangka panjang dan boleh jadi selama-lamanya (insyaAllah) berbanding petroleum yg cuma dibakar dlm masa kurang 1 saat.

Dlm contoh mudah, Ali (Malaysia) ada RM100,000) dan Abu (Arab, Iran dsb) ada simpanan duit RM (1,000,000).

Yang mana releven pada Ali?
a. beli kereta perdana RM100,000 (kesenangan,aka subsidi)
b. beli motor kapcai RM5,000, labur RM95,000 (projek pembangunan) dan dapat keuntung tahun2 berikutnya

Yang mana releven untuk Abu?
a. beli kereta perdana dan labur RM900,000 dan mendapat keuntungan berikut2 nya
b. beli motor kapcai dan labur RM995,000.

Bagi Ali, b releven ntuknya. dan bagi Abu, a releven ntuk nya kerena walaupon abu beli perdana, dia ada bnyk reserve duit ntuk projek2 lain.

Ali boleh beli perdana tp mampu ke dia nak bertahan selepas itu?

Kita boleh pakai jer duit kerajaan ntuk subsidi minyak tapi anak cucu nanti camner plaks? x kan kita nak jadi cam british? ambik timah pastu dah kaya dan dah habis korek blah gitu jer. yg susah pemimpin2 kita terdahulu jugak ntuk menstruktur balik kewangan.

Itu baru contoh mudah.. belum masuk lagi perjanjian, hak milik gali, logistik, hala tuju syarikat dsb serta hal2 berkaitan yg lain2.

Mmg lah perit dan saya pon x suka barang mahal. tp pikir2 balik, atas dasar generasi seterusnya, kene telan jugaklah. kalau dulu bergadai nyawa ntuk negara, apa salahnya bergadai gaya hidup sedikit dan pada masa yg sama, yg susah dan x mampu kerajaan patut cari jalan.. tp yer lah... nama pon krisis minyak dan makanan dunia.. mestilah sukar skit ntuk diatasi dan x leh berharap sgt...

madstone said...

Salam

Bila baca komen2 blog master tu, terasa pulak nak mengulas.

Encik Blog Master,
Minyak itu rezeki Allah pd hambanya. Org sibuk dok kata minyak akan habis, minyak akan habis/kering. Bagi saya itu cuma teori sahaja sbb manusia adalah makhluk yg lemah.

Kita boleh merancang tapi Allah yg menentukan. Minyak habis ke, tak habis ke, itu adalah keputusan Allah, bukan kita.

Rezeki dan rahmat Allah akan tetap turun jika hambaNYA sentiasa bersyukur dan atas dasar itulah kita diingatkan setiap masa supaya sentiasa bersyukur dgn rezeki dan rahmat Allah.

Selagi kita bersyukur dgn rahmatNYA, insyaALLAH selagi itu rezeki Allah akan dtg mencurah-curah dan saya tak nampak minyak dalam bumi ini akan habis.

Semua itu dtg dari Allah dan saya rasa kita tak perlu pikir pasal tu sbb kita bisa meramal/menduga tapi Allah yg menentukan segalanya.

Jadi, kenapa nak sangsi dgn rezeki dan rahmat Allah kalau kita selalu bersyukur?

Dalam surah Yasiin, ustaz-ustaz selalu sebut dlm kuliah/ceramah, kun fayaakun, jadi maka jadilah, jadi kalau Allah izinkan minyak keluar mencurah dari telaga di bumi sekalipun, maka dari situlah minyak akan keluar mencurah-curah.

Kita cuma nak kena yakin. Masalah skrg org Islam sendiri tidak yakin dgn Allah. Lebih percayakan saintis barat/pakar2 minyak barat dari kekuasaan Allah itu sendiri.

Tepuk dada tanya iman, mana satu kita nak lebih yakin? Kata-kata kafir atau janji-janji Allah S.W.T???

myspacerb said...

salam Madstone. kalo gini cara pemerintahan negara, seram saya.

apa2 pon. apa kata saudara pakai jer duit yang saudara ada, bila habis korek kat ATM. pastuh korek2 lagi tapi jangan tengok baki yerk. habis ke tak? kalo x habis, so kita bolehlah pakai ntuk minyak nanti okay. :)

mmg betul kalo Allah nak jadi, jadilah. tp kene ingat, alam nih berjalan dengan hukumnya (hukum alam). yg hidup akan mati, yg wujud akan hilang dsb. x kan nak bergantung pada nasib jer tanpa berusaha?

pelik saya, beras x cukup marah2 bagai nak rak sampai suruh tukar kerajaan lah, kerajaan takder perancanganlah. x der plak idea suruh bersyukur, ini ketentuan Allah dsb. lagi dibantainya pihak satu lagi adalah. karang minyak habis, ntah apa plak nanti.

Kata2 kafir? Saya x rasa bergitu. Yg berkerja dengan petronas, majoriti adalah org melayu Islam. x kan x mo percaya plak.

madstone said...

Salam Blog Master,

First of all, apa yg saya maksudkan adalah saintis barat/pakar2 minyak barat. Ada saya sebut pekerja petronas ke? Cuba baca lagi sekali ulasan saya.

Sila paham betul-betul tulisan saya sebelum nak ulas. Tolong jangan putar belit ulasan saya. Yang saya sebut saintis barat/ pakar2 minyak barat BUKANNYA pekerja petronas.

Satu je saya nak tanya, sedara blog master nampak tak kandungan minyak dalam bumi? Sedara blg master nampak tak duit dalam ATM sedara?

Benda yang tak nampak jangan nak samakan dengan benda yg kita sendiri nampak sedara. Rezeki, rahmat semua dalam khazanah Allah dan sedara blog master, khazanah Allah adalah luas diluar pemikiran kita. Kita toksah nak query atau underestimate khazanah Allah.

Akidah sedara kena touch-up lagi ni, kena kasi over haul. Tuning dah lari ni.

Bila pulak saya kata tak payah berusaha? Adoi! Pendeknya akal. Bersyukur tu pun salah satu usaha la sedara. Ingat semua org senang ke nak bersyukur. Tak semua org bersyukur sedara. Ada yg sombong dgn rezeki Allah, langsung tak nak bersyukur.

Saya tak suruh pun kita duduk diam tak berusaha. Ada ke saya tulis begitu?

Nampak sgt sedara ni kurang belajar .

myspacerb said...

1. Mana saudara tau Saintis barat jer yang berkata begitu?

2. Saudara x nampak jantung saudara. So jantung tuh teori je la?

madstone said...

sedara blog master,

1. Kalau bukan saintis barat/pakar2 minyak barat, siapa lagi yg berkata begitu? Org2 Petronas?
Kalau org2 Petronas yg berkata begitu seorg Islam, maknanya akidahnya pun susah berkarat, kena bersihkan tu.

2. Err...saya ada mentioned pasal jantung ke? Sedara yg mulakan dgn ATM. Saya hanya nak bandingkan duit dlm ATM dan minyak dlm perut bumi. Figure it out la sedara.

Benda yg tak nampak dan nampak. Jawab soalan saya dan fikir-fikirkan lah.

Bercakap ikut lojik akal tak kan kemana sedara. Kat dunia je selamat, akhirat belum tentu lagi.

myspacerb said...

Salam, camnih madstone. Seperti encik cakap terdahulu, kita merancang, Allah menentukan.

Dari timah, kita dapat lihat, jika timah dikorek-korek akan sampai satu masa ia habis. Sirap jika diminum dari satu jug akan habis jugak akhirnya. Dengan menggunakan akal fikiran dan logik akal, kita menjangkakan perkara yang sama akan berlaku pada minyak. Jadi tidak salahlah kita mengambil perancangan sepatutnya dan bertawakal kepada Allah.

Ironinya, encik plak selepas itu menentangkan ‘peracangan’ dengan mengatakan merancang masa depan akan mencermarkan akidah kerana kita tidak nampak the exact figure dan x nampak. Dalam erti kata lain, encik seolah-olah mengatakan cuba berfikir apa akan berlaku dan cuba merancang apa yang patut dengan menggunakan akal fikiran akan merosakkan iman, tidak percaya alam ghaib, murtad dan akan dicampak ke neraka. Penyataan yang saya tidak setuju. Dan hanya kerana kita tidak nampak, bukan bermakna kita tidak boleh berfikir. Jika tidak, bagaimanakah manusia dapat mencipta plastik dari petroleum sedangkan rantai carbon tidak dapat dilihart.

Dan saya jugak tidak bersetuju bahawa oleh hanya kerana sesuatu perkara dikatakan ahli sains barat, itu sumer adalah tipu dan tidak boleh diterima, kerana ilmu itu hak milik Allah. Kalau betul dan betullah. Kalo ilmu boleh diguna pakai, pakailah.

madstone said...

sedara blog master,

Tidak salah kita merancang dan tiada pula saya mengatakan salahnya kita merancang.

Timah, minyak, bijih besi dan sebagainya adalah rezeki Allah. Macam yg saya terangkan dahulu, rezeki ini pemberian Allah kpd hambanya. Selagi kita bersyukur, selagi itulah Allah akan mengurniakan nikmat dan rezeki malah menambah rezekiNya kpd kita.

Malangnya kita sombong dgn Allah dan tidak bersyukur dgn nikmatnya malah semakin jauh dari Allah.

Sedara tahu apa apa berlaku pd satu tempat di Terengganu yg satu keika dahulu kaya dengan bijih besi kalau tak silap saya (Saya tak pasti dimana tapi tak silap saya di Terengganu la).

Nak tahu apa yg berlaku? Apabila saya ke sana, saya lihat org-org di sana semakin rosak akidah dan akhlak mereka malah ilmu sesat pun sudah wujud di sana. Apa bila malam menjelma, semakin banyaklah kepincangan yg dpt saya lihat. Surau dan masjid ditinggal kosong malah sembahyang Jumaat pun cukup-cukup makan makmumnya.

Sesuatu rezeki Allah tidak mustahil akan berkurangan dan kehabisan. Ini semua adalah kerana hasil tangan kita sendiri. Itu perlu kita ingat.

Sedara tahu kenapa bahan-bahan galian sebegini berada dihutan-hutan atau lautan? Sila terangkan jika tahu.

Ya, memang benar, apa yg diperkatakan saintis/pakar2 minyak barat adalah dtg dari ilmu hak milik Allah tetapi terserah kpd budi bicara kita sama ada mahu menerimanya atau tidak. Sama ada mau meyakininya atau yakin dgn janji2 Allah.

Memang ya mungkin tidak minyak akan kehabisan tetapi tidak mustahil minyak di kawasan lain pula akan kita jumpa dan terserah kpd kita la samada nak yakin dgn janji Allah atau tidak.

Masalahnya kita sendiri tidak faham konsep rezeki dan nikmat. Rezeki dan nikmat bukannya yg ada dlm ATM atau ASB atau simpanan kita sahaja.

Rezeki itu ada 1001 mcm cara bagaimana ianya datang. Dan kita hendaklah faham, rezeki itu bukan sahaja benda yg ada di sekeliling kita, malah juga, benda yg kita tidak nampak.

myspacerb said...

Ya, itu benar. Rezeki datang dari pelbagai aspek dan boleh dari tempat yg tidak dijangka. Mungkin sekarang kita bergantung pada petroleum, hari esok siapa tahu. Esok kita mungkin kaya, esok juga mungkin kita miskin. Apa saya nak tegaskan ialah, kita hendaklah berusaha untuk merancang dan tidak menyerahkan kepada nasib membuta sahaja. Baru lepas tuh kita serah pada qadaq dan qadar. Nasib sesuatu kaum itu tidak akan diubah Allah SWT sehingga kaum itu sendiri yang berubah. :)

madstone said...

sedara blog master,

Dari awal lagi saya dah tekankan, saya tidak menyuruh atau maksudkan utk duduk diam tanpa usaha.

Saya juga tekankan bersyukur itu pun merupakan salah satu usaha cuma bagi setengah org, menganggapnya sebagai bukan satu usaha.

Satu lagi kita jgn lupa kaya di dunia tidak sama dgn kaya di akhirat. Walaupun kita miskin di dunia jgn la kemiskinan itu membawa kita kepada kepincangan akidah.

Oleh sbb itu kita dikehandaki bersyukur dgn nikmat Allah supaya kita tidak miskin di akhirat kelak.

Harap maklum.