Monday, August 11, 2008

Kunjungan jiran-jiran dari Kampung Tersusun Batu 3

Minum petang bersama jiran-jiran lama dari
Kampung Tersusun Batu 3 Tapah


Tepat jam 6.00 petang saya dan suami menerima kunjungan jiran-jiran lama dari Kampung Tersusun Batu 3, Tapah seramai 7 orang yang mewakili Ahli Jawatankuasa Surau Al-Azim yang melakukan kunjungan hormat ke kediaman rasmi MB. Kami seisi keluarga telah mengalu-alukan kedatangan mereka yang agak lama tidak kami temui sejak berpindah ke Ipoh.

Sambil minum petang kami berbual mengenai perkembangan kampung di Tapah dan isu-isu terkini. Mereka pulang selepas solat Maghrib berjemaah di Surau Kediaman bersama suami. Kami sekeluarga amat terhutang budi dengan jiran-jiran di kampung yang banyak membantu memantau keadaan rumah sewa kami sepanjang kami berpindah ke Ipoh.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Apa khabar? Diharap sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat.

Elok la, walaupun Datin Seri dah pindah, tapi semangat kejiranan dan setia kawan dengan jiran-jiran lama tu masih ada. Begitu la sepatutnya yang berlaku, kan? Sekarang ni, ada yang jiran sebelah rumah pun tak kenal sebab buat hal masing-masing.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Salam

Aminah,
Khabar baik. Memang benar kata saudari. Hubungan dengan jiran perlu dijalinkan dengan baik seperti mana yang telah Islam tekankan.

thanibt3 said...

assalamualaikum datin seri...
terharu rasanya bila mendengar cerita, sikap dan layanan dato'dan datin seri terhadap rakan-rakan lama tetap macam dulu dan tak berubah sedikit pun bahkan lebih mesra dan ceria bila berjumpa rakan lama terutamanya 'PAK PIN NASI LEMAK'.
saya mendoakan kesejahteraan datin seri sekeluarga terutamanya dato'seri MB agar mendapat kerahmatan berkekalan dan berupaya memimpin rakyat negeri Perak dengan adil dan disenangi semua.