Friday, August 08, 2008

Telatah Si Bongsu

Hari ini tiada tetamu yang berkunjung ke kediaman. Saya melakukan rutin harian seperti biasa. Suami pulang awal dalam jam 5.30 dan saya terus menyiapkan keperluan suami kerana beliau ke Manjung pada jam 6.30 petang dan bermalam di sana.

Pada malam ini suami perlu menghadiri program ceramah di Mini Stadium Manjung seterusnya keesokan hari pelbagai program yang telah diatur di daerah Manjung bermula Subuh sehingga tengahari.

Malam ini saya juga menyiapkan keperluan anak bongsu kesayangan yang terlalu gembira untuk mengikuti rombongan anjuran PASTI Kawasan Gopeng ke Cameron Highlands. Anak saya yang bongsu bernama Faakhirah telah belajar di PASTI Al-Mukmin Tapah awal tahun 2008 dan terpaksa bertukar ke PASTI Al-Ehsan, Rapat Setia memandangkan semua keluarga berpindah ke Ipoh.

Si bongsu kini baru berusia 4 tahun namun sejak tahun lepas dia sudah merengek-rengek mahu ke sekolah. Ditambah pula abang-abang dan kakaknya selalu menyakat "Adik seorang tak pandai sebab tak pergi sekolah". Disebabkan selalu disakat si bongsu menangis-nangis mahu ke sekolah. Semoga anak saya yang bongsu akan mengikut jejak langkah abang-abang dan kakak-kakaknya.

Faakhirah bersama kakaknya Faakihah

5 comments:

Muhammad Fahmi said...

Salam sejahtera datin seri,

Dua bulan lepas saya dan isteri dikurniakan seorang putera di Pusat Perubatan Ar Ridzuan, Ipoh. Kami amat bersyukur kepada Allah. Memandangkan YAB MB adalah MB Perak yang ke-10 dan MB pertama dari PAS saya telah memberi nama Muhammad Nizar kepada putera bongsu saya! Moga2 ada keberkatan untuk kami sekeluarga.

Syahrulmanan said...

Tahniah Datin Seri,

Semoga terus dapat berkongsi dengan kami, terutamanya yg melibatkan perkembangan politik dan pentadbiran Datuk Seri. Agar dapat masukkan juga jadual ceramah dan kuliah Datuk Seri..

Teruma kasih.

dariana said...

Assalamualaikum Datin Seri,
Tahniah.

Suami amat beruntung jika memiliki seorang isteri yg solehah.
Benar itu tepat,
sabar itu indah.

Moga kita semua dirahmati Allah.

Unknown said...

Assalamualaikum Datin Sri,

Alahai comel nya....

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum w.b.t

Fahmi,
Saya dan suami tersenyum apabila saudara mengatakan nama anak saudara di ambil bersempena nama MB.. Semoga anak bongsu saudara akan menjadi seorang pejuang Islam yang sentiasa menegakkan kebenaran.

Syahrulmanan,
Segala program dan jadual MB boleh layari www.perakdaily.com. Sekiranya ada ceramah beliau yang tidak dinyatakan di laman blog insyaAllah saya akan beri info di sini..

Abdul Hadi,
Terima kasih. Saya akan terus menggunakan segala tenaga yang ada untuk membantu suami setiap masa.

Aminah,
Anak bongsu saya nakal dan banyak kerenahnya..tetapi itulah yang membuat seisi keluarga ceria dengan kehadiranya..