Thursday, August 28, 2008

Makan Tengahari Bersama Pekerja Kediaman

Seawal pagi saya telah sibuk di dapur untuk menyediakan pelbagai jenis lauk makan tengahari kerana tengahari tadi saya dan suami telah mengadakan sedikit jamuan makan tengahari bersama semua pekerja-pekerja di Kediaman Rasmi MB. Alhamdulillah saya dan suami dapat meluangkan masa untuk makan tengahari bersama mereka seramai 13 orang.

Sejak menjadi menteri besar inilah kali pertama suami dapat pulang makan tengahari di kediaman. Kebiasaanya suami makan tengahari bersama rakan-rakan sekerja di kantin pejabat. Suami tiba di rumah hampir waktu zohor dan terus solat berjemaah bersama pekerja-pekerja di surau dan memberikan sedikit tazkirah selepas solat.

Telah lama saya merancang untuk menjemput semua pekerja makan bersama keluarga. Disebabkan masa yang tidak mengizinkan dan suami yang terlalu sibuk menyebabkan ia tertangguh. Alhamdulillah hari ini, tercapai juga hajat saya dan suami.

Selepas makan, pada jam 2.15 petang suami bertolak ke Pejabat Lembaga Air Perak untuk menghadiri mesyuarat. Saya dan anak terus berbual dengan pekerja-pekerja.

Saya rasa sungguh gembira kerana segala penat lelah memasak sepanjang pagi terubat apabila melihat suami dan semua pekerja kediaman makan dengan begitu berselera.


3 comments:

SweetDaisy said...

Saya kagum, bangga dan bersyukur krn ada pemimpin spt MB perak dan Datin Seri yg berjiwa rakyat. keep it up! Saya x penah tgk pemimpin BN yg menunjukkan contoh spt ini. Datin Seri ni mesti pandai masak kan? tgk gambar tu je dah berselera sgt saya:)

Unknown said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Apa khabar? Saya doakan semoga DAtin Seri sekeluarga sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Wah....berselera sungguh bila tengok santapan yang terhidang tu..! Kalau pergi ke Perak, boleh ke singgah? (hahahha....gurau aje...)

Selamat berhujung minggu!

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Salam,

Sweetdaisy,
Terima kasih. Nak kata pandai tu tidaklah mana..ada yang lebih pandai memasak dari saya..:)

Aminah,
Kalau Aminah datang ke Perak jemputlah ke rumah.