Friday, August 15, 2008

PAS UNTUK SEMUA


Muktamar Parti Islam Se Malaysia (PAS) Pusat secara rasminya telah dimulakan pagi tadi di Dewan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Para tetamu kehormat dan perwakilan mulai tiba pada jam 8.00 pagi diikuti dengan ketibaan Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am PAS. Majlis dimulakan dengan perbarisan kehormat oleh Unit Amal.

Pada jam 9.10 pagi, perarakan masuk Mursyidul Am, Presiden, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri dan Wilayah ke dalam dewan Muktamar. Lagu Rasmi PAS dinyanyikan diikuti ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Johan Qari peringkat kebangsaan dan diteruskan dengan ucapan aluan Setiausaha Agung.

Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang bertajuk PAS UNTUK SEMUA telah disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Jam 11.45 pagi majlis berhenti rehat, makan dan solat Jumaat. Sebelum itu diadakan slot pelancaran Harakah untuk diterbitkan 2 kali seminggu. Pada jam 3.00 petang persidangan bermula dan tamat hampir jam 7.00 petang.

Persidangan bersambung esok dan lusa.

No comments: