Monday, August 18, 2008

Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja 2008 di Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Bersama Raja Puan Muda Raja Nor Mahani dan tetamu kehormat lain
di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Saya tiba di rumah tepat jam 11.25 malam dari bandar Di Raja Kuala Kangsar setelah menghadiri program Majlis Perasmian & Malam Tema Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja 2008 yang diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas.

Majlis di Ulu Kenas bermula dengan lagu Negaraku dan bacaan doa. Perasmian disempurnakan oleh Raja Puan Muda Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah selaku Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak.

Pengenalan Tema Perkhemahan telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia YBhg Datin Hajah Zalilah bt Mohd Taib dan sejurus selepas itu semua kontinjen pasukan pandu puteri menyampaikan persembahan mereka yang bertemakan kepentingan air dalam kehidupan.

Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja melibatkan kontinjen dari beberapa negeri di Malaysia, Maldive, Sri Lanka, Singapura dan United Kingdom.

1 comment:

pp said...

Salam Kepanduan

Thank you Datin Seri Hajjah Fatimah for gracing the Theme Night of Girl Guide International Camp at Ulu Kenas last August. I sincerely hope that the girl guide spirit stays on with you.

pp
A member of Persatuan Pandu Puteri Malaysia