Friday, August 29, 2008

Program di INTIM

Tepat jam 7.00 petang suami bertolak ke Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) bagi menghadiri program 'Menghayati Kemerdekaan Dalam Penghayatan Ramadan' anjuran kerajaan Negeri Perak.

Sepatutnya saya perlu mengiringi suami ke tempat program tetapi kesihatan yang kurang mengizinkan menyebabkan saya tidak dapat turut serta.

Program di INTIM bermula pada jam 7.30 petang dengan Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yassin, Tahlil dan doa seterusnya solat Isyak dan Solat Hajat. Selepas itu semua beredar ke dewan INTIM.

Majlis bermula dengan bacaan doa dan persembahan Pentomen Kemerdekaan dan Ramadan disusuli dengan perutusan YB Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Kebajikan dan Wanita. Seterusnya forum diadakan bertajuk Menghayati Kemerdekaan Dalam Penghayatan Ramadan yang panelnya terdiri daripada Dr. Haji Ishak Saad (USM), Encik Mohd Azmi b Abd Hamid (Presiden TERAS) dan moderatornya Ustaz Zulkifli b Ibrahim.

Perutusan khas kemerdekaan dan Ramadan di sampaikan oleh YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin setelah tamat forum.

2 comments:

Unknown said...

wow ! pertama kali saya singgah disini. Macam tak percaya pulak saya ini blog isteri MB dari Perak. Betul ke ???

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam,

kbguy,
Alhamdulillah saya dapat berkongsi diari hidup dengan semua rakyat dalam blog ini.