Wednesday, November 12, 2008

Al-Fatihah untuk arwah abang


Tengahari tadi ketika saya sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak saya menerima panggilan dari kakak saya Raudhah yang memberitahu abang sulung saya sedang nazak di Kuala Lumpur dan sejam selepas itu saya menerima panggilan kedua di mana kali ini kakak saya memberitahu abang sulung saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.20 tengahari.

Dengan keadaan tergesa-gesa saya menelefon Pegawai Khas suami agar dapat memaklumkan khabar berita tersebut dengan cara terbaik memandangkan suami mempunyai tugas dan amanah besar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri. Pegawai Khas menelefon kembali dan memberitahu suami menyuruh dan mengizinkan kami sekeluarga ke K.L dan beliau tidak dapat bersama.

Dalam masa setengah jam saya dan anak-anak bersiap dan terus bertolak memandangkan jenazah akan dikebumikan selepas solat asar. Kami singgah di Tapah kerana 2 orang kakak saya bersama suami dan anak mereka turut serta bersama ke K.L.

Kami tiba di K.L dalam keadaan hujan yang amat lebat dan tiba di Taman Ibu Kota, Setapak tepat jam 4.30 petang. Jenazah abang sulung saya telah di bawa ke Surau Taman Ibu Kota dan kami terus ke surau di mana pada ketika itu jenazah sedang dimandikan. Sebelum dikapankan, saya dan ahli keluarga yang lain dapat melihat wajah abang buat kali terakhir. Suasana sedih menyelubungi kami. Abang sulung saya mesra dengan panggilan Yeop Usop dikalangan saudara mara dan kenalan. Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak serta 3 orang cucu dalam usianya 64 tahun.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan berhampiran Taman Ibu Kota. Selepas urusan perkebumian kami singgah terlebih dahulu di rumah anak sulung arwah sebelum bertolak pulang ke Ipoh pada jam 7.45 malam.

Saya dan suami berasa amat terkilan kerana berhajat untuk menziarahi arwah dalam masa terdekat ini namun ia tidak kesampaian. Arwah juga ada menelefon kakak saya dan memberitahu bahawa dia ingin pulang ke Tapah untuk menziarahi emak yang juga sedang sakit dan ingin terus menetap di Tapah. Namun hajat arwah tidak kesampaian.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh abang saya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

8 comments:

Jacques.ah said...

Dear DS Fatimah,

Assalamualaikum,

Please check your e-mail as per my nick name - Jacques.ah.

Thanks.

Hassan

Unknown said...

salam takziah

radenjowo said...

Salam takziah kepada Datin Seri

Team Sauk said...

Salam takziah kepada keluarga Datin Seri..

Al Fakirah said...

Salam takziah. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

grey matter said...

salam takziah. semoga roh beliau ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah.

dugong_darat said...

Askum DS Fatimah;

Salam Takziah dr saya...

Moga-2 Roh Arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman...

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam,
terima kasih di atas doa dan sokongan semua.