Monday, November 24, 2008

Kunjungan Hormat Muslimat PAS Kawasan Hulu Besut


Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak telah menerima kunjungan dari pihak Muslimat PAS Kawasan Hulu Besut seramai 55 orang. Mereka di dalam program lawatan ke negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Mereka telah tiba di Ipoh pada 23 Nov 2008 dan bermalam di PASTI Ibnu Safar, Pasir Puteh.

Kunjungan mereka pada 24 Nov 08 telah disambut oleh wakil kerajaan serta wakil di kediaman. Saya dan suami tidak dapat bersama kerana ada program yang lain. Rombongan dari Hulu Besut telah diberi penerangan mengenai perkembangan semasa negeri Perak oleh En. Zulkifly Ibrahim selaku Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Saya bagi pihak kediaman rasmi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan mereka.

No comments: