Sunday, November 23, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Boleh dikatakan hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk diri saya kerana sejak suami memegang amanah sebagai Menteri Besar Perak, hari ini merupakan hari yang paling banyak program saya hadiri bersama beliau. Jadual suami pada hari ini ialah mengadakan lawatan ke DUN yang dimenangi oleh beliau ketika PRU12 yang lalu iaitu Pasir Panjang.

Sebanyak 13 tempat dan program telah kami kunjungi sejak awal pagi hinggalah ke lewat petang. Aktiviti sepanjang hari ini di Pasir Panjang adalah seperti berikut :
  • Perasmian Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Sekolah Agama Rakyat Nurul Hidayah yang diadakan di Klinik Kesihatan Kampung Bharu (L), Ayer Tawar
  • Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Masjid Kampung Pasir Panjang, Mukim Setiawan
  • Ziarah Kematian di Kampung Pasir Panjang
  • Kenduri Kahwin Anak Pak Lebor di Kampung Pasir Pandak
  • Kenduri Kahwin Anak Imam Yasin di Kampung Sungai Tiram
  • Kenduri Kahwin Anak saudara Mat Kayan
  • Kenduri Kahwin di Felcra Lekir & berkebetulan bertemu dengan ADUN Pangkor Y.B Dato' Dr. Zambry Abd Kadir.
  • Kenduri Kahwin Cucu Pak Tak di Taman Fasa 2F, Seri Manjung
  • Melawat penempatan Cina mendengar permasalahan tentang pembangunan jalan, perparitan dan taman perumahan yang dibina tidak mengikut peraturan
  • Perasmian program motivasi pelajar di Sekolah Agama Rakyat Seri Manjung
  • Ziarah kanak-kanak kaum India yang mengalami kecacatan di bahagian kaki
  • Memberi motivasi untuk pelajar-pelajar Sekolah Agama Seri Ta'lim dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar
  • Ziarah seorang berbangsa India yang mengalami sakit lumpuh
Ia menjadi pengalaman yang berharga dalam hidup saya. Suami berada dekat dihati rakyat kerana sentiasa turun bertemu dengan mereka dan selepas ini saya dimaklumkan suami akan 'mengembara' ke seluruh daerah negeri Perak untuk 'pusingan' yang kedua dalam tempoh 8 bulan bagi mendengar dan melihat sendiri masalah rakyat dengan lebih dekat.

Sebahagian gambar-gambar program di Pasir Panjang yang sempat saya pilih.







2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum DS.
Saya bersyukur kerana Allah telah memilih DS dan Datuk Seri sbg pemimpin Negeri Perak.
Semoga Allah sentiasa menjaga DS sekeluarga.

rossees said...

salaam...
semua gambar menarik =)
harap akan ada lagi pemimpin seperti ini...inshaAllaah... semuanya sudah diaturkanNya bukan..

mmm... sy ada pi satu website yang dibuat oleh org yahudi..menggunakan quran untuk dijadikan sebagai sumber pendidikan...n psikologi...menarik! harap2 negeri perak boleh buat sesuatu...ye lah kan even nonmuslims di negara x muslim pun guna quran (menteri pendidikan israel)untuk didikan.. inshaAllaah...

sy ingat cikgu saya ada cakap (guru sy tu dulu kristian katolik)..dia kata dulu dia ikut saja bible...tapi bila dah masuk islam...dia lebih jelas dengan bible...benarlah katanya Quran sebagai penunjuk yg 'jelas' antara haq dan batil.... rasanya tak salah kalau kita tunjuk quran sebagai sumber didikan di kalangan nonmuslims dalam negara kita... inshaAllaah...mardhotillaah

salaam