Saturday, November 22, 2008

Kuliah Subuh di Masjid Pekan Chemor

Hari ini seawal jam 5.15 pagi saya menemani suami ke Masjid Pekan Chemor. Pagi tadi selepas solat subuh, suami telah menyampaikan kuliah di masjid tersebut. Program kuliah subuh dan tazkirah sebelum solat Jumaat telah diatur oleh pegawai kanan suami untuk disampaikan di masjid-masjid sekitar Ipoh. Sekiranya hujung minggu suami out-station, kuliah subuh akan disampaikan di tempat beliau berada.

Program pagi tadi selepas kuliah subuh, kami telah bersarapan di rumah Saudara Fauzi iaitu pemilik Kilang Batik Fauzi di Kampung Ulu Chemor. Selesai sarapan pagi, kami terus ke melawat ke Tapak Pasar Tani di perkarangan tempat letak kereta Stadium Perak. Saya sempat membeli buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Selesai melawat pasar tani, saya pulang ke kediaman dan suami menghadiri majlis Perasmian Program Cambah Fikiran Isu-Isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak D.R di Dewan Serbaguna SUK.

Jam 3.00 petang suami yang baru dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) telah menghadiri Mesyuarat PAFA yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PAFA di Fair Park.

No comments: