Sunday, November 16, 2008

Majlis Berkhatan Beramai-ramai


Petang tadi telah berlangsung Majlis Berkhatan Beramai-ramai iaitu seramai 12 orang anak-anak kepada Ahli Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak dan Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik (PHKKS).

Majlis dimulakan dengan perarakan anak-anak yang bakal dikhatankan dengan diiringi paluan kompang oleh pasukan Kompang Seri Intan dari kawasan Fair Park. Majlis diteruskan dengan persembahan silat dari Pertubuhan Silat Terlak Lintau & Kuntau Jawa Negeri Perak.

Bacaan doa selamat telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Daud.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Datin Faezah Dato' Lat, Penaung Kehormat PHKKS. Antara tetamu kehormat lain yang hadir ialah Senator Dato' Azumu b. Tak dan isteri Datin Natrah.

Sebelum bersurai jamuan makan diadakan bersama persembahan nasyid oleh Yayasan Amal dan Anak-anak Yatim Hawa & Jasa Manjoi dan anak-anak yang bakal berkhatan ditepung tawar seperti adat yang diamalkan oleh masyarakat melayu zaman berzaman.


No comments: