Thursday, November 06, 2008

Kunjungan Pelajar PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting

Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
di Dewan Kediaman Rasmi MB Perak

Puan Hamisah bersama guru-guru pengiring

Jam 12.00 tengahari saya menerima kunjungan daripada rombongan pelajar PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Jumlah mereka seramai 80 orang beserta 10 orang guru pengiring. Mereka di dalam program lawatan selepas tamat PMR dan singgah di kediaman Rasmi Menteri Besar untuk beramah mesra bersama pimpinan kerajaan Perak seterusnya makan tengahari.

Mereka diraikan oleh pembantu khas saya Puan Hamisah dan Pegawai Khas suami Mohd K.Y.Tiang di Dewan Kediaman. Saya dan suami tidak dapat turut serta kerana kekangan masa.

Semoga dengan lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, pelajar dapat mengetahui maklumat mengenai kerajaan baru di Perak sambil menenangkan fikiran selepas beberapa tempoh bertungkus lumus untuk PMR.

2 comments:

MS Rizal said...

Salam ziarah Ummul Faatihah,

Kunjungan para pelajar sekolah ini membawa juga mesej yang mereka kurang mengenali kerajaan yang baru memerintah Perak.

Kekurangan publisti media di Perak untuk memperkenalkan Menteri Besarnya menyebabkan ramai rakyat tidak tahu apa-apa perkembangan kerajaan negeri. Bagi yang biasa dengan media internet mungkin tidak menjadi hal, tetapi bagi yang tidak..sukar untuk mereka menerima maklumat.

Mungkin Perak perlu ada media cetaknya sendiri?

Boleh saya tahu perkembangan terbaru Radio Malaysia Perak. Adakah sudah beri 'green light' kepada MB?

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam MS Rizal,
RTM Perak masih belum 'terbuka hati' untuk memberi peluang kepada MB untuk ke udara.

belanjawan baru2 ini kerajaan ada peruntukkan rm300,000 utk menubuhkan team sebaran media. semoga usaha ini berjaya.