Friday, November 21, 2008

Istirehat & Tetamu

Beberapa hari ini tiada program bersama masyarakat yang perlu saya hadiri dan dengan kelapangan masa yang ada saya banyak menghabiskan masa bersama anak-anak dan berehat di rumah serta mengambil peluang membeli barang-barang keperluan dapur di Tesco. Namun suami sudah semestinya sibuk dengan jadual harian beliau walaupun kurang sihat dan telah berjumpa dengan doktor 2 hari lepas. Suami hanya demam biasa dan perlu banyak berehat.

Sepanjang 4 hari ini saya telah menerima tetamu di kediaman rasmi iaitu wakil dari persatuan WIRDA (Women's Institute For Research, Development & Advancement) yang bertemu untuk membincangkan hal program dan kewangan pertubuhan mereka.

Adik ipar saya yang menetap di Pendang turut menziarahi kami. Beliau bersama beberapa rakan mempunyai tugas di Ipoh. Kami juga diziarahi adik perempuan suami yang menetap di Seberang Jaya yang berkebetulan menghadiri Majlis Perkahwinan ahli keluarga suami beliau di Temoh dan singgah di Ipoh sebelum bertolak pulang ke utara.


Dapat berehat beberapa hari ini dan bila lihat jadual semula, program agak padat setiap hujung minggu.


No comments: