Sunday, November 02, 2008

Dari Pengkalan Hulu ke Kampar


Ketibaan saya dan suami di Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Pengkalan Hulu disambut dengan begitu meriah oleh warga rumah anak yatim dan penduduk setempat. Ia melengkapkan lawatan kami di Pengkalan Hulu yang penuh bermakna.

Rumah Anak Yatim At-Taqwa baru ditubuhkan. Suami turut diberi penghormatan merasmikan rumah anak yatim tersebut dan menyalurkan sedikit bantuan mereka. Selepas jamuan makan kami terus berangkat pulang ke Ipoh dan terus menuju ke Malim Nawar.


Di Malam Nawar saya dan suami menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu suami iaitu anak kepada Datuk Zainal. Anak-anak saya yang lain datang berasingan dari Ipoh dan berjumpa di dalam perjalanan untuk tiba bersama di rumah kenduri.


Dari Malam Nawar kami sekeluarga bergerak ke Air Itam Labu untuk menziarahi emak dan abang suami. Kami berada di kampung sehingga jam 5.30 petang sebelum bersiap pulang ke Ipoh dalam keadaan hujan yang agak lebat.

No comments: