Thursday, November 13, 2008

Berkunjung ke Dewan SUK


Pagi tadi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan dan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana anak saya Syawwal mendapat keputusan cemerlang 5A. Tahniah juga saya ucapkan buat semua anak-anak yang berjaya dan kepada mereka yang kurang berjaya teruskan usaha di alam sekolah menengah.

Hari ini juga merupakan hari terakhir Mesyuarat ke-3, Penggal Pertama Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan dan saya mengambil kesempatan dalam kekosongan masa yang ada berkunjung ke Dewan SUK untuk melihat sendiri suasana mesyuarat. Saya tiba di bilik pemerhati bersama pembantu peribadi kira-kira jam 2.00 petang dan sesi penggulungan telah tamat pada ketika itu.

Saya berdoa agar Belanjawan yang telah dibentang dan diluluskan oleh dewan akan memberi manfaat yang amat besar untuk rakyat Perak dalam usaha kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan Perak sebagai sebuah negeri BERKEBAJIKAN.

Teks Ucapan Bajet & Teks Penggulungan boleh dilihat di link berikut :
Teks Ucapan Bajet
Teks Penggulungan

No comments: