Friday, November 14, 2008

Hari Anugerah Cemerlang & Konvensyen PASTI Kawasan Gopeng

Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar

Semalam 13 Nov 2008 saya dan suami telah menghadiri program Hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Gopeng yang telah berlangsung di Dewan Bandaran Gopeng bermula jam 8.45 malam.

Majlis perasmian telah disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar Perak di mana antara isi ucapan beliau mengharapkan guru-guru PASTI terus mendidik anak-anak dengan akhlak mulia dan melahirkan insan yang cemerlang. Anak-anak didikan PASTI kebiasaannya tidak banyak membawa masalah kepada guru-guru ketika mereka mula memasuki alam persekolahan rendah kerana mereka telah dididik dengan kurikulum yang hebat dan akhlak yang terpuji. Kerajaan Pakatan Rakyat sendiri akan terus menyokong sekolah dan pusat akademik berteraskan Islam dan memberi galakkan berupa bonus dan kenaikkan gaji kepada guru-guru.

Seramai 78 pelajar dari 4 buah PASTI dalam Kawasan Gopeng telah menerima sijil dan cenderahati sempena konvokesyen kali ini. Di mana 37 pelajar berumur 6 tahun akan memasuki Darjah Satu untuk sesi pengajian 2009 manakala bakinya yang berumur 4 dan 5 tahun akan terus mendapat didikan di PASTI untuk setahun dua lagi.

Setiap PASTI telah memilih 3 orang pelajar Cemerlang Akademik untuk pelajar berumur 6 tahun dan 3 orang untuk pelajar berumur 4 & 5, 2 orang kehadiran terbaik dan 2 orang pelajar Mithali. Pelajar terbaik keseluruhan 2008 telah dianugerahkan kepada Adik Safiyyah Munirah bt. Mohd Tahir dari PASTI Al-Ehsan, Rapat Setia.

Imam Haji Fahme bin Zakaria pula telah diberi Anugerah Khas di atas jasa beliau sebagai Pengasas PASTI di mana beliau telah menubuhkan PASTI Ammar sejak tahun 1989. Beliau juga telah menubuhkan PASTI Batu Gajah dan Pengkalan Pegoh. Sehingga sekarang Imam Fahme masih kekal sebagai pengurus PASTI Ammar di Taman Pinji Perdana.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Nasyid oleh keempat-empat buah PASTI. Guru-guru PASTI turut diberi cenderahati di atas segala jasa mereka.

Majlis bersurai tepat jam 11.00 malam

Persembahan Nasyid dari Anak-anak PASTI Sinaran Wahyu, Gopeng

Menyampaikan hadiah untuk anak-anak PASTI


No comments: