Sunday, November 02, 2008

Bertemu Anggota Keselamatan di Pengkalan Hulu


Hari ini saya dan suami bertolak ke Pengkalan Hulu seawal pagi untuk meraikan anak-anak yatim At-taqwa. Kami tiba awal di Pengkalan Hulu dan majlis bersama anak-anak yatim bermula pada jam 11.00 pagi. Pegawai khas telah mengatur program bagi mengisi masa yang ada iaitu ke sempadan Malaysia Thailand (Pengkalan Hulu-Betong).

Di sempadan kami bertemu dengan askar-askar Malaysia yang bertugas dan mereka melahirkan rasa bangga dengan lawatan Menteri Besar ke kawasan mereka berkawal. Sebelum itu kami telah diiringi oleh anggota polis trafik dari Gerik dan singgah sarapan pagi bersama mereka di Warung Roti Canai dalam perjalanan ke Pengkalan Hulu.

Selepas itu mereka membawa kami ke Kedai Bebas Cukai (Duty Free Shop) dan saya sempat membeli sedikit buah tangan untuk anak-anak. Sebelum kami meneruskan perjalanan ke rumah anak yatim, saya dan suami sempat meluangkan masa bersama anggota Kastam Di Raja Malaysia yang bertugas di bangunan Imigresen.

Sarapan pagi bersama anggota Polis

Bersama anggota ATM di sempadan Malaysia-Thailand

Mendengar penjelasan dari Pegawai Kastam Di Raja Malaysia

No comments: