Sunday, October 26, 2008

Aktiviti di rumah

Sarapan bersama anak-anak

Sepanjang minggu ini jadual program saya terlalu padat menyebabkan banyak kerja-kerja di rumah terbengkalai dan agak tidak terurus. Hari ini saya menghabiskan masa dari awal pagi hingga ke petang mengemas rumah, melipat kain baju dan membuang sampah sarap yang sudah bertimbun.

Seperti kebiasaan, saya bangun jam 4.30 pagi untuk menyediakan sarapan untuk anak-anak. Pagi tadi saya siapkan Nasi Goreng dan Roti Telur untuk anak-anak bersarapan. Anak saya yang bongsu hari ini bangun awal dan begitu bersemangat kerana pagi tadi beliau terlibat untuk pertandingan Nasyid Ihtifal PASTI Negeri Perak. Pertandingan nasyid peringkat negeri kali ini tidak memihak kepada kumpulannya dan dimenangi oleh PASTI Kawasan Bagan Serai.

Sepanjang hari ini dan malam semalam suami banyak menghantar SMS menceritakan keadaan beliau di Lahore. Semalam beliau telah menyampaikan ucapan mewakili Parti Islam Semalaysia setelah diminta oleh Tuan Presiden PAS supaya mengantikan beliau kerana TG Haji Hadi perlu berangkat ke Jordan & Syria untuk tugas yang lain. Esok suami akan pulang ke tanahair dan insyaAllah pengalaman beliau di Pakistan saya akan coret di sini setelah mendengar cerita darinya nanti.

1 comment:

lan said...

Salam DS, sederhana sekali dapur dan ruang makan rumah DS. semoga menjadi teladan kepada pemimpin lain dan kami semua insyaAllah untuk bersederhana dalam hidup ini