Thursday, October 23, 2008

Hari Anugerah Cemerlang SERATAS, Taiping

Di dewan program Hari Anugerah Cemerlang SERATAS

Jam 9.00 pagi saya dan suami bertolak dari Ipoh menuju ke Taiping untuk menghadiri Majlis Hari Anugerah Cemerlang Kali ke-25 Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping.

Majlis ini telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Di dalam majlis, Buku Hasil Karya Pelajar di dalam Bahasa Inggeris 'Little Mirror' dan 'Moving On' serta di dalam Bahasa Melayu 'Menteri Pagi' telah dilancarkan. Anugerah-Anugerah yang telah disampaikan ialah Tokoh Alumni, Panitia Terbaik, Pelajar Terbilang SPM, Cemerlang SPM & PMR, Khas Bahasa Antarabangsa, Pelajar Terbaik Setiap Tingkatan.

Tokoh ALUMNI diterima oleh Encik Mohd Akil bin Mohd Yusof.

Pelajar SERATAS mempersembahkan tarian Cempaka Sari selepas upacara penyampaian anugerah dijal. Lagu Kebesaran Negeri Perak dinyanyikan sebelum majlis bersurai.

Ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan disambut oleh warga SERATAS dan tetamu jemputan yang hadir

Suami berbual dengan Pengetua Kanan SERATAS
Puan Rahimah bt Mohd Sura


3 comments:

Web Sutera said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Saya pernah bersekolah di sini semasa Matrikulasi, lama dahulu. Bagaimana Datin di sana? Monyet2 masih lagi berebut makanan?

Penuh nostalgia, Datin Seri :-)

Saudagar Mimpi said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Saya pernah belajar selama 5 tahun (85-89) di sana dulu. Tiap kali saya pulang ke kampung saya di Ipoh saya cuba sedaya-upaya saya untuk ke Taiping dan sentiasa teruja untuk ke SERATAS.

Unknown said...

jika anda mengenali ibu sya seorang pengajar di sekolah sains raja tun azlan shah taiping perak,,iaitu PUAN HAMIDAH BINTI HAJI MAD AMIN,