Sunday, October 19, 2008

Majlis Ihtifal, Majlis Sumbangsih & Sambutan Aidilfitri PASTI Kawasan Gopeng 2008

Majlis Ihtifal Majlis Sumbangsih dan Sambutan Aidilfitri PASTI Kawasan Gopeng telah diadakan di PASTI Ammar, Pinji Perdana pagi tadi. Terdapat 4 buah PASTI di dalam kawasan Gopeng iaitu PASTI Al-Ehsan Rapat Setia, PASTI Pintar Simpang Pulai, PASTI Sinaran Wahyu dan PASTI Ammar Changkat Larang.

Majlis pagi tadi berjalan dengan baik dan lancar. Pertandingan Nasyid di antara PASTI-PASTI Kawasan Gopeng diadakan dan anak bongsu saya Faakhirah turut terlibat. Sejak minggu lalu beliau telah bersemangat untuk bernasyid dan setiap hari asyik bernasyid di rumah. Sebelum tidur, beliau berdiri di hadapan saya dan suami memperdengarkan nasyid yang bakal beliau nyanyikan iaitu Sepohon Kayu dan sebuah nasyid di dalam bahasa Inggeris bertajuk Ya Muhammad .

Pagi tadi saya dan suami tidak dapat menemani beliau kerana perlu menghadiri program di tempat lain. Anak sulung dan menantu telah bersama beliau ke tempat program setelah dipujuk nanti saya dan suami akan melihat rakaman beliau bernasyid.

Majlis pagi tadi turut disempurnakan dengan penyampaian duit raya untuk anak-anak PASTI, dan guru-guru. Majlis telah dirasmikan oleh anak sulung saya iaitu Faatihah dan majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari. Anak bongsu saya pula terlalu gembira kerana memenangi pertandingan nasyid dan akan mewakili PASTI Kawasan Gopeng ke peringkat negeri yang akan diadakan di Pengkalan, Ipoh hujung bulan ini.

Faatihah merasmikan majlis

Faakhirah (paling kanan) bersama rakan-rakannya dari PASTI Al-Ehsan mendapat tempat pertama dalam pertandingan nasyid antara PASTI Kawasan Gopeng

1 comment:

Azian hasan said...

Salam,
Tahniah pada Faakhirah... cute pulak tu (mcm rupa anak An si Husna pun ada)