Thursday, October 23, 2008

Program Y.A.B Menteri Besar Bersama Rakyat Negeri Perak Peringkat Daerah Manjung


Program pertama saya pada hari ini (Khamis 23/10) ialah mengiringi suami ke Manjung untuk program Y.A.B Menteri Besar Bersama Rakyat Negeri Perak Peringkat Daerah Manjung.

Program tersebut telah diadakan di Perkarangan Dewan Kampung Dato' Seri Kamaruddin, Sri Manjung dan dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak.

Selepas bacaan doa, majlis yang bermula sekitar jam 9.45 pagi diteruskan dengan ucapan Aluan oleh Pengarah JPV Perak iaitu Dr. Quaza Nizamuddin bin Hassan Nizam dan Menteri Besar telah menyampaikan ucapan selepas itu.

Majlis turut diisi dengan Penyampaian Sijil Peserta Bimbingan, Perjanjian PINTAF dan Penternak Cemerlang Negeri Perak. Saya dan suami di bawa melihat Gerai-gerai Pameran Ternakan dan diadakan juga majlis penyerahan ternakan PINTAF oleh YAB Menteri Besar.

PINTAF adalah singkatan kepada Skim Pinjaman Ternakan Tanpa Faedah bagi lembu, kerbau dan kambing yang diberi kepada peserta atau penternak dengan pulangan balik anak ternakan kepada kerajaan negeri tanpa faedah (PINTAF). Ini adalah satu pemberian kemudahan kepada penternak bagi meningkatkan ekonomi penternak melalui penternakan.

No comments: