Sunday, October 12, 2008

Anak menduduki PMR

Sepanjang hari ini saya sibuk mengemas rumah memandangkan sudah hampir seminggu saya tidak melayan keperluan harian keluarga disebabkan kekangan masa dan program-program yang berterusan. Masa 2 jam diperuntukan hanya untuk melipat kain anak-anak yang sudah hampir 4 hari tidak 'dilayan'.

Suami pun banyak berehat di hujung minggu dan hanya menghadiri satu sahaja program bersama Paduka Seri Sultan Perak di Batu Gajah.

Saya dan suami cukup gembira pada hari ini kerana banyak masa dapat diluangkan bersama anak-anak tambahan pula Syadeed anak ke-4 saya akan menduduki peperiksaan PMR esok hari. Saya mendoakan semoga anak dan semua calon-calon PMR seluruh negeri Perak dan Malaysia tenang dalam menjawab soalan dan seterusnya beroleh kejayaan seperti yang diharapkan.

6 comments:

afiq | anuar said...

Assalamualaikum,

All d the best!

Nandre The Legend said...

alhamdulillah...

semoga warga perak, kejor yob kejor berjaya dan selamat berperiksa.

Datin Hajjah,

terima kaseh kepada Datin dan Dato karna menghadiri majlis dinner old edwardians sabtu lalu.

saya tak dapat pi pon, sebab banyak urusan di Shah Alam.

Saya OE dari tahun 1990-1994 dan skrg bekerja di Putrajaya.

blog saya: http://nandros.blogspot.com

Abib said...

Salam...
Smoga Syadeed & smua anak2 yg sedang menduduki peperiksaan PMR akan berjaya dgn cemerlang...insyaAllah.
Seronok membaca blog datin ni...

http://rosnizarzakaria.blogspot.com

azian said...

Assalammualaikum,
Baru terserempak dengan blog ni. Ini Azian( Yan) , anak arwah Pak Hasan, tak ingat kut!..
Seronok membaca blog ni, boleh jugak tahu serba sedikit aktiviti Abang Tan sekeluarga.Tak dapat dibayangkan penatnya ya. Yan yang keluar masuk hantar anak sekolah aje pun, selalu mengeluh.
Kami doakan semoga Abang Tan sekeluarga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dan selamat maju jaya kepada Syadeed.
Salam unutk Abang Tan!

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum w.b.t

Afiq,
Terima kasih.

Nandre The Legend,
Alhamdulillah saya dapat hadir dalam majlis bersama Edwardians. Semuanya berjalan dengan baik.

Abib,
Terima kasih Abib berkunjung ke blog saya. Semoga anak-anak kita akan cemerlang di dalam PMR seperti yang diharapkan.

Azian,
Kenal apa tak kenalnya. Azian sepupu Abang Tan. Duduk di Kuala Lumpur lagi ker sekarang? Terima kasih atas doa Yan.

Azian Hasan said...

Salam,

Ya kami masih di KL... di USJ. Terima Kasih