Monday, October 20, 2008

Majlis Kebajikan Kelab Penyokong PAS di Teluk Intan


Majlis Kebajikan Kelab Penyokong PAS di Teluk Intan berlangsung dengan meriah dan dihadiri oleh ribuaan Kelab Penyokong PAS dari kawasan Teluk Intan dan luar. Saya dan suami tiba di tempat program kira-kira jam 4.00 petang dan disambut oleh pemimpin Kelab Penyokong PAS Nasional dan tempatan serta ahli-ahli.

Majlis turut dihadiri oleh YB Anuar Sudin- ADUN Changkat Jong & isteri beliau Puan Faridah binti Raj'ie. Antara pemimpin Kelab Penyokong PAS yang hadir ialah Vincent Lee selaku Timbalan (2) Pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional, N. Balasubramaniam- Naib Pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional, Harcharan Singh dan S. Suria Narayanan- pimpinan Kelab Penyokong PAS Teluk Intan serta beberapa pimpinan dari Kelab Penyokong PAS Pasir Salak dan kawasan-kawasan lain.

Di dalam majlis semalam, seramai 200 orang telah menerima sumbangan sempena Perayaan Deepavali yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar. Majlis semalam juga menyaksikan pimpinan Kelab Penyokong PAS menyerahkan borang keahlian baru ahli Kelab Penyokong PAS yang mendapat sambutan di amat menggalakkan. Saya dan suami juga turut melawat Pusat Khidmat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan.

Menerima kalungan bunga dari Ketua Wanita Kelab Penyokong PAS Teluk Intan

Suami menyampaikan sumbangan sempena perayaan Deepavali

Bersama pimpinan Kelab Penyokong PAS menyampaikan Borang Keahlian Baru Kelab Penyokong PAS


No comments: