Thursday, October 02, 2008

Rumah Terbuka Meriah

Rumah terbuka Menteri Besar yang diadakan di Kediaman Rasmi berlangsung dengan cukup meriah dan dihadiri oleh tetamu lebih dari 6000 orang.

Tetamu-tetamu yang hadir bukan sahaja dari bandar Ipoh bahkan di seluruh pelusuk negeri Perak. Ada di antara mereka yang kini bertugas di luar Perak pulang ke kampung dan mengambil kesempatan menghadiri rumah terbuka di kediaman Menteri Besar. Kaum-kaum India dan Cina kelihatan ramai hadir dan turut memeriahkan majlis.

Menurut Saudara Rizal dari Pakeeza Catering yang berpengalaman menyediakan jamuan di Kediaman Rasmi sejak 8 tahun lalu, kehadiran tetamu-tetamu pada tahun ini jauh lebih ramai dari tahun-tahun sebelumnya. Tempahan untuk 5000 tetamu habis dan pihak mereka telah menambah beberapa menu untuk meraikan tetamu-tetamu yang hadir di akhir-akhir majlis.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Exco-exco Kerajaan Negeri Perak, YB Idham Lim sekeluarga, YB Lim Kit Siang. Juga hadir ialah beberapa kenalan media.

Tetamu-tetamu mulai masuk ke kawasan kediaman sejak jam 1.00 tengahari walaupun majlis bermula pada jam 2.00 hingga 5.00 petang

Tetamu-tetamu terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan dalam keadaan yang begitu sesak

Bergambar kenangan dengan tetamu yang hadir

Kanak-kanak riang mendapat duit raya

Kanak-kanak ditemani ibu bapa beratur panjang untuk duit raya.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Datin..

ISA PROTEST!

Sila tandatangan surat protes untuk mendesak kerajaan agar segera membebaskan Raja Petra Kamaruddin dan semua tahanan ISA lainnya.

Sila KLIK DI SINI untuk menandatangani surat tersebut.

Thanks.

razzi-media.blogspot.com

Kirim salam kat Dato' Seri. Chumel2 anak datin. :)

Ummu Ammar said...

Assalamualaikum wbt..

datin.. saya pun sempat juga hadir ke rumah terbuka MB hr tu... tp malangnya majlis baru saja berakhir.. kami sampai 5.30 ptg.. terserempak datin n MB di depan rumah...cadangnya nak ambil gambar.. tp melihat MB yg sibuk.. tak jadilah... sempat bersalaman dengan datin saja... tak tahulah datin ingat ke tidak.. kami antara yang terakhir tiba.. datin ada tegur.. tengoklah apa yang tinggal :) :) :).. silap kami juga.. ingatkan sampai malam.. apa pun puas hatilah... tak dapat bergambar dgn datin n MB dapat bergambar atas stage dgn MB pun kira ok.. terima kasih banyak2... wassalam

http://aniswardah.blogspot.com