Monday, October 20, 2008

Berkunjung ke Lumut & Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Perak

Pagi tadi saya telah menerima kunjungan wakil dari Persekutuan Seruan Islam Perak (SELAWA) di kediaman rasmi. Tujuan mereka hadir adalah untuk menyampaikan Surat Jemputan dan menerangkan tentatif program anjuran SELAWA yang bakal berlangsung pada 2 November 2008.

Tepat jam 12.30 tengahari saya bersama anak sulung & menantu serta si bongsu telah pergi ke Lumut membeli makanan kering berasaskan laut untuk saya kirimkan buat anak yang kini sedang menyambung pelajaran mereka di Jordan & Syria. Selesai membeli, makan tengahari di gerai bersebelahan stesyen bas Lumut kami terus pulang dan singgah di Ayer Tawar untuk solat sebelum bergerak ke Ipoh. Tiba di kediaman tepat jam 6.00 petang.

Sebelum jam 8.00 malam saya mengambil kesempatan berehat seketika sebelum bersiap sedia ke Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Perkarangan Dewan Indera Mulia, Ipoh. Puluhan ribu rakyat membanjiri kawasan perkarangan dalam keadaan hujan yang agak lebat.

DYMM Paduka Seri Sultan, Raja Permaisuri, Raja Dihilir Perak & Raja Puan Muda Perak menjadi tetamu kehormat yang hadir. Semua exco-exco kerajaan negeri, ADUN-ADUN Perak dari kerajaan PR dan pembangkang, wakil diplomat asing dan tetamu-tetamu khas turut hadir meraikan majlis. Persembahan lagu-lagu Aidilfitri disampaikan dan terdapat juga persembahan lagu-lagu di dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang saya sendiri pun tidak faham maksudnya.

Selesai majlis kira-kira jam 10.00 malam.

Menerima kunjungan wakil dari SELAWA

Kedai Hasil Laut Jamilah, Lumut

Makan Tengahari di Lumut

5 comments:

daLyaanoon said...

DS makan kat warung jer?

contoh teladan yg baik!

radenjowo said...

DS makan pun orang tak perasan. Macam rakyat biasa.


Syabas DS.

D'Rebok @ Ikhqoi said...

datin seri makan kat warung jer?? kalau wanita UMNO yang jadi bini-bini YB takkan nk singgah warung.. mana kelas...

kepimpinan melalui teladan

kakchik said...

Syabas DS. Saya cukup bangga kalau isteri-isteri pimpinan boleh turun padang begini, makan seperti kami di warung-warung saja.

Si Tampok Manggis said...

Tahniah Datin Seri,

Isteri pemimpin yang sedar asal usul dan tau tanggungjawab.

Blog Datin Seri cukup menarik, bersahaja.