Sunday, October 12, 2008

Majlis Makan Malam Perayaan 125 Tahun Sekolah King Edward VII


Semalam saya mengiringi suami ke Taiping menghadiri Majlis Makan Malam sempena Perayaan 125 tahun Sekolah King Edward VII di Majlis Perbandaran Taiping. Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Tua Edwardian Malaysia.

Majlis semalam mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang turut hadir sebagai tetamu kehormat. Raja Muda Perak, Raja Dihilir Perak bersama Raja Puan Besar Perak turut bersama meraikan majlis.

Persembahan Video Sejarah Sekolah, Pelancaran Buku Sejarah Sekolah oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Upacara Pemotongan Kek 125 Tahun telah diadakan sebelum Majlis Makan Malam bermula. Hiburan Kombo Muzik turut dipersembahkan selepas itu.

Saya dan suami tiba di Kediaman Rasmi Menteri Besar tepat jam 12.30 malam.


Gambar bersama Edwardians

1 comment:

hakim said...

terima kasih datin for being there. I was there also that nite. Kpd Dato Seri juga terima kasih krn sudi memeriahkan majlis kami.

fr the captain of 1981 rugby team. (anak gerik yg menetap dan mencari rezeki di KL)