Friday, October 31, 2008

Persatuan Wanita Perak untuk Wanita


Satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh Persatuan Wanita Perak untuk Wanita (Perak Women For Women Society) atau singkatannya PWW bagi mengutip dana persatuan berkenaan. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Syuen dan pelancaran majlis telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak sendiri.

PWW merupakan NGO yang ditubuhkan untuk melindungi hak wanita, membela nasib wanita yang teraniaya dan berusaha untuk memajukan lagi golongan wanita. Persatuan ini digerak kan oleh kumpulan sukalerawan dan telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk membantu golongan wanita dan aktiviti-aktiviti untuk menjana kewangan persatuan.

Persatuan ini boleh dihubungi melalui emel mereka :
perakwomenforwomen@gmail.com.


2 comments:

krskintaselatan said...

Assalamualaikum Datin, macam mana nak tubuhkan NGO, dan adakah peruntukan disediakan untuk NGO untuk menjalankan aktiviti

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Waalaikumussalam

krskintaselatan,
untuk menubuhkan satu-satu persatuan semua kena berdaftar di ROS (Registry Of Societies/Pejabat Pendaftaran Persekutuan) dikenakan bayaran pendaftaran pertubuhan dan juga yuran tahunan. Maaf tak dapat dipastikan berapa bayarannya.

Kerajaan Negeri buat setakat ini tidak menyediakan apa-apa dana untuk mana2 pertubuhan-pertubuhan selain kerajaan.

Terima kasih berkunjung ke blog saya.